Murky is On The Way!
Posts tagged Info Kesihatan
Penyakit Leptospirosis dan cara – cara mencegahnya
Aug 7th
Masih ingatkah anda akan satu kejadian misteri yang berlaku di Lubuk Yu, Maran, Pahang? Kejadian yang dianggap sumpahan seorang mangsa lemas dikawasan tersebut terhadap penyelamat – penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari mayat seorang mangsa lemas disana. 6 orang yang terlibat dalam operasi itu telah meninggal dunia sehingga menimbulkan perasaan panik dikalangan penyelamat yang turut serta dalam operasi tersebut kerana dikatakan mereka bakal menjadi mangsa seterusnya.
Namun setelah siasatan dijalankan dari segi perubatan dan kesihatan, akhirnya mereka disah meninggal dunia akibat salah satu penyakit yang jarang – jarang sekali kita dengar iaitu penyakit kencing tikus atau nama saintifiknya Leptospirosis. Tapi kali ini, penyakit tersebut telah mula menyerang dan membunuh salah seorang dari 3 pengunjung pusat rekreasi Lata Bayu, Baling, Kedah.
Kini penyakit tersebut mula dikesan di Kedah apabila seorang disahkan maut manakala tiga lagi dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang setelah berkelah di kawasan rekreasi Lata Bayu, Baling.
Popularity: 10% [?]
Langkah – langkah yang perlu diambil semasa menghadapi cuaca panas melampau
Feb 24th
Rasanya ramai sudah merasai kesan El Nino atau La Nina ataupun Ne raka yang sedang berlaku di negara kita sekarang. Haku dapat rasakan kepanasan yang berlaku sekarang adalah kepanasan yang paling melampau sepanjang haku hidup 26 tahun diatas planet yang bernama bumi. Mungkin ini pembalasan tuhan terhadap umatnya yang sering melakukan maksiat dan juga pembalasan Bumi terhadap penghuni diatasnya yang sering melakukan kerosakan dan kemusnahan alam sekitar.
Kita lupakan sebentar kesan rumah hijau yang sedang berlaku sekarang ini. Tiada gunanya haku menulis mengenainya kerana pemimpin negara – negara maju tidak pernah mengambil kisah tentang pencemaran yang negara mereka lakukan. Sedangkan protestor – protestor Greenpeace mereka langsung tidak mengambil endahkan apatah lagi haku yang menulis mengutuk mereka kerana menjadi punca utama penipisan ozon di bumi ini.
Entry haku kali ini lebih kepada memberi petua kepada anda dalam menghadapi cuaca panas yang melampau sekarang. Bagi mengelakkan kejadian korban akibat cuaca panas yang sedang berlaku sekarang, jadi haku sarankan anda semua mengambil beberapa langkah penting ini.
Popularity: 7% [?]



