Murky is On The Way!
Posts tagged John Travolta
Filem From Paris With Love
Mar 2nd
Siapa yang tidak mengenali aktor John Travolta, pelakon serba boleh Hollywood. Beliau bukan saja hebat berlakon dalam filem aksi, malah hebat berlakon dalam filem – filem lawak. Dan jangan terkejut, beliau juga hebat menari dan juga merupakan seorang penyanyi. Sejak akhir – akhir ini beliau sudah jarang berlakon filem – filem aksi dan banyak terlibat dalam filem – filem komedi seperti Wild Hogs dan Old Dogs. Mungkin pada usia 54 tahun menyebabakan beliau banyak tertumpu pada lakonan bergenre sebegitu. Namun, tanggapan haku yang beliau sudah bersara dari berlakon dalam filem – filem aksi ternyata meleset apabila beliau bersama Jonathan Rhys Meyes telah muncul dalam filem aksi berjudul From Paris With Love yang telahpun ditayangkan dipawagam pada 25 Februari yang lalu.
Filem ini mengisahkan seorang pegawai perisikan kelas rendah yang menjadi pembantu khas Duta Amerika Syarikat di Perancis. Ejen James Reece lakonan Jonathan Rhys Meyes yang sering diarahkan ketuanya yang juga duta tersebut melakukan kerja – kerja perisikan kelas rendah telah meminta kepada ketuanya untuk melakukan kerja – kerja perisikan yang lebih tinggi dan mencabar. Akhirnya apa yang diimpikan oleh beliau untuk menjadi ejen perisikan kelas tinggi tercapai apabila dia telah diminta oleh ketuanya untuk membantu ejen Charlie Wax (lakonan John Travolta) yang diterbangkan khas dari Amerika Syarikat untuk menjalankan satu misi penting di Perancis iaitu misi menggagalkan rancangan pengganas di Perancis.
Popularity: 3% [?]

