Murky is On The Way!
Posts tagged kakitangan awam dapat bonus
Bonus raya untuk kakitangan kerajaan.
Aug 9th
Berita baik untuk kakitangan kerajaan dan juga pesara – pesara kerajaan. Kerajaan dikatakan telah bersetuju untuk memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan juga RM500 untuk pesara kerajaan pada bulan ini. Nampaknya, berita yang ditunggu – tunggu oleh kakitangan awam dan juga pesara akhirnya muncul dengan pengumuman yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Mesti ramai kakitangan kerajaan dan pesara diluar sana tersenyum lebar dengan berita ini (termasuklah juga aku ..hehe). Terima kasih diucapkan kepada pihak kerajaan kerana prihatin dengan kakitangan kerajaan dan juga pesara. Diharap dengan bonus ini ia dapat membantu kakitangan kerajaan dan pesara dalam membuat persiapan raya pada hujung bulan Ogos ini. Syukur Alhamdullilah.
Popularity: 3% [?]
Penjawat awam dapat duit raya
Aug 25th
Alhamdullilah! apa yang ditunggu – tunggu oleh penjawat awam akhirnya tercapai juga. Baru sebentar tadi, Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan memberi duit raya kepada penjawat awam dan juga kepada pesara kerajaan. Walaupun RM500, kira cukuplah untuk berbelanja di Hari Raya nanti. Cuma tidak dipastikan samada duit raya ini akan dibayar penuh atau dibayar “full”
Jadi sebagai salah seorang penjawat awam, haku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana memberi duit raya kepada semua penjawat awam. Sekurang – kurangnya kurang sedikit beban untuk beraya di dalam ekonomi yang tidak menentu ini.
Selamat Hari Raya kepada semua Penjawat Awam dan pesara kerajaan =)
Popularity: 3% [?]
Berita Baik Untuk Kakitangan Awam
Nov 10th
PEKELILING 11 – Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Ogos 2009 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat..
Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.
Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-
1. Surat Perlantikan Kerja – Original
2. Surat Pengesahan Kerja- Original
3. Surat Akuan Majikan – (tempat terakhir masih bertugas)
dan…
80 penutup botol Coca-Cola… … Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola !
Popularity: 2% [?]




