Posts tagged kakitangan awam naik gaji
SBPA batal, SSM ditambahbaik
1Sebentar tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu dibatalkan dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. Kenyataan ini diumumkan semasa beliau berucap di majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebentar tadi. Antara intipati ucapan beliau adalah:
1. Mengumumkan pelarasan gaji berdasarkan jadual gaji matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) mengikut peratusan gred yang ditetapkan, antaranya:
- Kumpulan pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 – Pelarasan sebanyak 13%
- Kumpulan Gred Utama C, B, A – Pelarasan sebanyak 9%
- Gred Turus III dan II – Pelarasan sebanyak 8%
- Gred Turus I dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) – Pelarasan sebanyak 7%
2. Perdana Menteri juga mengumumkan kenaikan Elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM50 di kawasan B dan C : -
- Kawasan B – RM250
- Kawasan C – RM150
Sebelum ini Elaun Sara Hidup (COLA) dikawasan B dan C adalah sebanyak RM200 dan RM100. Elaun COLA dikawasan A pula kekal sebanyak RM300.
Dengan terbatalnya pelaksanaan SBPA, segala perjanjian yang telah ditandatangani pada awal Januari 2012 yang lalu automatik terbatal. Kakitangan awam sekarang menunggu bila tarikh kenaikan ini akan dikuatkuasakan samada tertakluk pada kenaikan tahunan seperti biasa atau sebaliknya.
Popularity: 2% [?]
CUEPACS tuntut kenaikan gaji RM700-RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54
0PUTRAJAYA: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54. Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).
“Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini hari ini. Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.
“Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500,” katanya. Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji. ”Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji. ”Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka,” katanya. Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA.
“Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan,” katanya. Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan. ”Jika tidak boleh juga…apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru,” katanya.– BERNAMA
Popularity: 2% [?]
Kerajaan tumbang sekiranya SBPA tidak adil
0ISU ini amat sensitif. Ia lebih sensitif daripada isu ladang lembu dan lain-lain. Jika isu ini tidak selesai, jangan diharap pilihan raya boleh diadakan.
Ia membabitkan isu gaji kira-kira 1.3 juta kakitangan awam, yang kesemuanya, termasuk keluarga mereka layak mengundi. Ingat lagi kisah ‘penyapu’ di Selangor? Negeri itu jatuh antara sebabnya kerana penjawat-penjawat awam termasuk DO, ADO sehinggalah ke peringkat peon, begitu marah kerana dihina.
Jangan cari pasal dengan golongan ini. Mereka ialah kumpulan pelaksana dan tulang belakang kepada dasar-dasar kerajaan. Jika mereka marah mereka boleh bertukar warna menjadi Mr. Blue atau Mr. Green seperti dalam watak filem Incredible Hulk. Dan itu amat bahaya.
Dalam hal ini Perdana Menteri sememangnya cukup sedar. Satu tindakan cepat sedang diambilnya. Memang PM sendiri tahu jika isu ini tidak selesai maka Pilihan Raya Umum Ke-13 ini tidak boleh dilaksanakan. Maka itu, YAB PM telah mengarahkan sebuah jawatankuasa petugas khas (task force) semakan semula gaji duduk berbincang dengan Cuepacs mengenai hal ini, setelah Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman sendiri mengamuk.
Setakat ini sudah tiga kali task force ini berbincang. Hari ini sekali lagi rundingan akan dilangsungkan. Kali ini ia akan membabitkan cadangan lima perkara daripada Cuepacs sendiri. Omar akan mengetuai perbincangan itu bagi pihak kesatuan tersebut dengan wakil-wakil dari JPA, Pejabat Peguam Negara, Perbendaharaan dan agensi-agensi lain.
‘‘Kita mahu rundingan ini diselesaikan sebelum 30 Mac ini,” kata Omar kepada saya semalam.
Omar seperti biasa cukup bertenaga. Cakapnya juga cukup tegas. Dalam rundingan itu, beliau diberi tanggungjawab dan kepercayaan oleh kumpulan 54 (pengurusan dan profesional) ke bawah untuk membawa suara dan nasib mereka ke atas.
Kumpulan-kumpulan itu termasuklah: Jawatankuasa khas Gred 54 ke bawah PTD dan Pegawai Tadbir; Persatuan Pensyarah Universiti Profesor Madya Ke Bawah; Persatuan Jurutera Kebangsaan; Kumpulan Doktor-doktor Pakar Gred 54; Kumpulan Anggota Keselamatan Polis; Kumpulan Gred 54 Teknikal selain gabungan Cuepacs sendiri terdiri daripada Kumpulan Pelaksana 1 dan 2.
Hari ini saya mahu menyiarkan sepucuk surat yang dihantar kepada saya oleh seorang penjawat awam. Bunyinya agak keras. Tapi ditulis secara profesional, bernas, ada logik mengenai gaji baru mereka di bawah skim baru SBPA (Skim Baru Perkhidmatan Awam).
Begini bunyi surat itu. Semoga ia menjadi iktibar kepada kita semua.
Popularity: 3% [?]
Intipati bajet 2011
11
Bajet sudah pun dibentang oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak pada hari Jumaat yang lalu dan banyak respon – respon telah didengari dari rakyat setelah selesai pembentangan itu. Ada yang berpuas hati dan ada juga yang merasakan bajet kali ini tiada yang istimewa melainkan cerita – cerita biasa sahaja. Apapun, terima sajalah belanjawan bijaksana ini dengan fikiran yang terbuka. Mana tahu, kelak dimasa hadapan, Malaysia akan menjana pendapatan yang lebih tinggi dari hari ini. Insyallah kalau diizinkan tuhan.
Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat:
* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.
* Pembinaan projek bersepadu “Warisan Merdeka” dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.
* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
Popularity: 8% [?]
Bajet 2011 Bajet Rakyat?
8Sebentar lagi, PM Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan hala tuju belanjawan negara bagi tahun 2011 di Parlimen pada pukul 04.00 petang nanti. Banyak rakyat tertanya – tanya apa belanjawan yang bakal dibentangkan oleh PM untuk rakyat negara ini? Sejak dikatakan ekonomi negara yang semakin baik, ramai berharap kerajaan bakal menimbangkan Gaji Minimum untuk pekerja swasta, penurunan cukai, penambahan subsidi, pendidikan dan peningkatan mutu kemudahan negara ini dalam pembentangan bajet kali ini. Walaubagaimana pun, jangan meletakan harapan terlalu tinggi pada Bajet 2011 ini kerana ia sukar diramal dan tidak seperti yang di war – warkan samada di surat khabar, televisyen ataupun dimulut – mulut rakyat. Kadang – kala apa yang diharapkan tidak termaktub dalam buku belanjawan, dan kadang – kala, apa yang tidak dijangka akan diucapkan, tiba – tiba terpacul dimulut PM. Tapi yang pasti, setiap kali belanjawan, kita tahu yang harga Rokok dan Arak pasti dinaikkan melalui kenaikan harga cukainya. Itu tidak menjadi masalah, cuma apa yang rakyat harapkan bajet kali ini, ia akan membantu rakyat untuk hidup dengan lebih selesa didalam keadaan ekonomi RAKYAT yang tidak menentu disebabkan kenaikan harga – harga keperluan dan minyak!.
Sambil menyifatkannya sebagai ‘bajet oleh rakyat’, Perdana Menteri berkata, perkara berkaitan pekerjaan terutama pelaksanaan gaji minimum, cukai dan subsidi, kualiti dan kos pendidikan serta menaikkan taraf perkhidmatan internet dan jalur lebar adalah antara topik yang dibangkitkan.
Popularity: 7% [?]



Recent Comments