Murky is On The Way!
Posts tagged keyword panas
Kisah disebalik kata kunci Piala Thomas
May 18th
Salam dan selamat sejahtera kepada bloggers semua. Hari ini rasanya ingin haku menulis secara santai – santai, malas nak fikir untuk keluarkan entry – entry yang memerlukan idea berat, cukuplah sekadar idea – idea yang terlintas dalam kepala haku neh. Sebenarnya, start dari awal bulan ini, mood haku nak berblog memang cukup down gila – gila sampaikan pernah terfikir nak berehat sebentar dari dunia blog. Haku bukan apa, cuma penat berkerja lebih masa. Badan dan minda haku memang betul – betul exhausted, exhausted disebabkan kena berkerja teruk, exhausted kerana memikirkan masalah kerja, keluarga dan awek (ceh!) dan exhausted kerana nak maintain blog haku neh (Hehe).
Tapi disebabkan ingin maintain ranking Alexia dan menaikan PR blog ini, haku try juga update blog haku ini walaupun takde isu nak diceritakan. Mujurlah ada event yang sedikit sebanyak memberi haku inspirasi untuk menulis dan update blog haku ini. Event yang haku maksudkan, kejohanan Piala Thomas, dapatlah juga haku update blog haku dengan entry – entry terbaru dan mengelakkan blog haku dari bersawang. Kalau korang perasan, sepanjang kejohanan Piala Thomas bermula, haku tak update langsung cerita – cerita lain melainkan Piala Thomas. Nampak sangat haku takde idea dan malas nak menulis entry lain (malas? hohoo).
Dalam duk concentrate menulis pasal Piala Thomas, haku tak sangka, ia banyak membantu blog haku mendapat traffik yang mencurah – curah sehingga hampir mencecah 2k sepanjang kejohanan Piala Thomas berlangsung tanpa perlu berblogwalking. Itu tak termasuk entry – entry yang berkaitan dengan sukan Badminton tanah air yang haku tulis sebelum kejohanan bermula. Tak sia – sia haku memaksa diri haku menonton perlawanan yang melibatkan Malaysia dalam Piala Thomas dan menulis mengenainya selepas game. Mujur Malaysia tak layak sehingga Final, kalau tidak sudah tentu banyak lagi traffik yang masuk ke sini.
Popularity: 3% [?]

