Murky is On The Way!
Posts tagged Korea Juara piala uber
Keputusan Final Piala Thomas 2010
May 17th
China membuktikan kepada dunia bahawa kuasa sukan Badminton berada dalam tangan mereka apabila berjaya mempertahankan Piala Thomas buat kali keempat berturut – turut apabila menewaskan Indonesia 3 – 0 dalam perlawanan akhir semalam. Indonesia gagal mengulangi kejayaan mereka pada tahun 2000 di Kuala Lumpur apabila ketiga – tiga pemain mereka gagal menyekat permainan pemain China. Mata pertama China diperolehi oleh bekas juara Olimpik, Lin Dan apabila mudah menewaskan pemain nombor 1 Indonesia Taufik Hidayat dengan kiraan mata 21-7, 21-14 dalam tempoh hanya 44 minit.
China menerima tentangan sengit dari pemain Indonesia pada permainan seterusnya, walaubagaimanapun, pemain China berjaya mengekang pemain – pemain Indonesia dari memburu mata. Pasangan China, Cai Yun-Fu Haifeng berjaya menambah mata buat pasukan China apabila menewaskan pasangan Indonesia Markis Kido-Hendra Setiawan 25-23, 16-21, 21-12 sebelum Chen Jin memastikan Piala Thomas milik mereka dengan menewaskan Santoso dengan kiraan mata 19-21, 21-17, 21-7 dalam pertarungan yang berlarutan selama sejam 13 minit.
Dengan kemenangan ini, Piala Thomas kekal berada di bumi China untuk dua tahun berikutnya. Sementara itu, Pasukan Piala Uber China gagal mengikut jejak langkah pasukan Piala Thomas mereka apabila mereka gagal membawa pulang Piala Uber ke negara China dimana mereka tewas dengan pasukan Korea Selatan 1 – 3. Dengan kekalahan itt, pasukan Piala Uber China gagal mempertahankan kejuaraan mereka yang dimenangi sejak tahun 1998.
Kedudukan penuh pasukan dalam kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber:
Popularity: 2% [?]


