Murky is On The Way!
Posts tagged Kosmo
Surat Khabar online paling popular di Malaysia
May 29th
Setiap pagi, kita mesti membelek surat khabar yang dibeli sambil menikmati sarapan sebelum memulakan kerja. Ada yang suka membaca suratkhabar Utusan Malaysia, Harian Metro dan lain – lain lagi bergantung pada citarasa seseorang itu. Bagi yang pandangan politiknya lebih kearah parti pembangkang, mereka lebih cenderung untuk membaca surat khabar seperti Harakah dan Suara Keadilan kerana surat khabar itu merupakan suara bagi parti pembangkang.
Namun tak semua yang gemar membeli suratkhabar, kebanyakkanya mereka pinjam dari rakan – rakan yang membelinya tak pun baca suratkhabar yang dibeli oleh pihak pejabat. Tak kurang juga yang membacanya dari internet ataupun dalam bahasa lain suratkhabar online kerana mudah, free dan banyak berita – berita terkini dari dalam mahupun diluar negara.
Sebut pasal suratkhabar online, mesti ramai yang tertanya – tanya suratkhabar online manakah yang paling popular? mesti ada yang ingat Utusan yang paling popular tak pun Harian Metro bukan? ok, selepas membuat tinjauan melalui alexa.com dengan melihat ranking website bagi setiap suratkhabar online yang ada di laman sesawang, haku dah listkan kedudukan bagi setiap suratkhabar online yang ada dilaman sesawang di Malaysia ini, jadi bolehlah korang lihat yang mana paling kerap dibaca oleh rakyat di Malaysia.
Popularity: 29% [?]
Facebook oh Facebook
Feb 15th
Posted by Zul Murky in isu semasa | 5,035 views
Hari ini sebuah akhbar tanah air memaparkan berita dimuka hadapan bertajuk “Tun Mahathir paling ramai diminati”. Diminati dimana? sudah tentu di Laman Facebook malah popularitinya di Facebook mengalahkan Celebriti – celebriti lain seperti Yuna & Farah Fauzana malah Dato Seri Najib Tun Razak juga tidak mampu mengatasi populariti Tun Mahathir. Nampaknya bukan rakyat biasa dan artis tanah air sahaja yang menggunakan Facebook, malah ahli politik juga tidak melepaskan peluang untuk ber “Facebook”. Ini menunjukkan laman sosial tersebut mempunyai pengaruh yang cukup meluas dikalangan masyarkat Malaysia. Mana tidaknya, menurut kajian, hampir 3.5 juta rakyat Malaysia memiliki akaun Facebook, ini termasuk pensyarah – pensyarah, artis – artis, ahli – ahli politk, jabatan – jabatan kerajaan dan juga haku (hehe).Ini menjadikan Facebook merupakan jaringan laman sosial no. 1 di Malaysia.
Facebook yang mula diperkenalkan oleh Mark Zuckerberg pada 4 Februari 2004 telah memiliki hampir 350 juta pengguna dari seluruh dunia. Ini bermakna, 1% daripada pengguna Facebook adalah rakyat Malaysia. Dan menurut Compete.com, Facebook telah mengalahkan pesaing laman sosial mereka itu Myspace dan Twitter.
Umum kita tahu, kelebihan Facebook berbanding laman – laman sosial yang lain ialah fungsi dan skopnya yang meluas. Disamping paparannya yang kemas dan teratur menyumbang kepada kelebihan Facebook berbanding laman sosial yang lain. Malah aplikasi – aplikasi menarik yang terdapat didalam Facebook juga telah menyebabkan Facebook meninggalkan jauh pesaing – pesaing laman sosial mereka.
Popularity: 15% [?]


