Murky is On The Way!
Posts tagged Lifestyle
Blog, kerja & World Cup
Jun 16th
Fuh! setelah seminggu lebih blog ini tidak di update dengan entry – entry terbaru, tergerak pula hati untuk menulis sedikit coretan di blog ini. Rasa kesian pula dengan blog ini setelah haku membiarkan ia terkontang – kanting tanpa belaian tuannya. Akibatnya, blog ini bukan saja bersawang, malah traffik yang selalunya jem tiba – tiba menjadi lengang selengang – lengangnya. Banyak sebab haku tidak update blog ini dengan entry – entry terbaru. Bukan kerana ketiadaan idea untuk menulis, tapi sebab – sebab lain yang tidak dapat haku elakkan. Dari kerja sampailah demam Piala Dunia, semuanya memberi kesan buruk kepada blog haku ini.
Haluankiri.com
Seperti korang tau kan yang haku sekarang dalam projek mengembangkan blog yang baru haku lancarkan awal bulan ini iaitu Haluakiri.com. Blog yang haku usahakan bersama member haku (apekhuhu) adalah salah satu projek kitorang yang mahu mengembangkan minat dan skill fotografi kami. So, haku terpaksa menumpukan blog berkenaan dari blog ini kerana mahu meletakkan material – material supaya blog tersebut tidak kosong dengan entry. Lagipun kalau nak meletakkan material dalam tue, haku kena kerap melakukan outing dan editing supaya blog tu sentiasa diupdate dengan entry – entry terbaru. Itulah sebab mengapa haku jarang memberi tumpuan kepada blog ini. Sibuk mencari material dan idea. Tambah pula, blog haluankiri.com masih dalam proses branding tuk projek side income kitorang sebagai event photgrapher, so kena perbanyakkan contoh – contoh gambar untuk diletakkan di blog berkenaan supaya dapat tarik orang tuk amek kami sebagai photographer wedding diorang.
Popularity: 2% [?]
You ajak you bayar, i ajak pun you bayar ..
Mar 29th
Salam guys, hari neh haku nak relex – relex sikit dari menulis pasal WordPress neh, nak menulis secara santai pula. Penat juga nak menulis entry tutorial yer, penat nak susun ayat bagi orang faham (hoho). Maklumlah, selama neh tak pernah buat tutorial pasal blog, kalau pasal photography takpe juga (haha). Tapi takpe, janji haku puas sebab dapat menolong rakan – rakan yang sedang beralih dari Blogger ke WordPress Self-Hosting. Ok, berbalik pada tajuk diatas, entry haku kali neh entry pasal couple – couple dan cintan – cintan sikit walaupun tiada unsur – unsur bunga. Dan entry kali ini juga khas untuk pasangan yang tengah HOT bercinta. Yang dah berkahwin tu pun bolehlah baca sama, mana tau boleh flashback balik zaman korang masa muda – mudi dulu (hehe).
Nak tanya sikit pada pasangan yang tengah bercouple sekarang. Selalunya kalau anda dating siapa yang selalu keluar duit? si boyfriend ke? atau si aweks?. Aha, cepumas tue. Dari pemerhatian haku, selalunya kalau kuar berdating atau hangout dengan pasangan, kebiasaannya lelaki yang akan keluar duit bukan? dah tentu lar laki yang keluar duit, kalau tak keluar duit tak gentlemen lar (haha). Tetapi, bagaimana pula sekiranya anda dah bercouple bertahun – tahun dan asyik sebelah pihak saja yang keluar duit kalau berdating, (yang neh tak kiralah siawek atau si boyfriend)apa yang anda rasa? Bengkek ke atau buat tak kisah sebab anda memang banyak duit? Soalan itu masing – masing boleh jawab dalam hati.
Hidup bercouple neh memang banyak ragamnya terutamanya dalam bab bayar – membayar neh. Ada yang selalu mengharapkan pasangannya membayar semua benda dari tiket wayang hinggakan bab makan sampaikan duit masuk toilet pun masih meminta pada pasangannya. Ada juga yang nak bayar tapi dihalangan oleh pasangannya dan ada juga yang mengamalkan sikap berkongsi – kongsi duit semasa berdating. Tetapi dalam banyak – banyak ragam diatas, ragam yang paling tak best sekali sudah tentulah ragam yang pertama tadi.
Popularity: 4% [?]
My Favourite Surfing Spot
Mar 23rd
Haku hendak tanya sikitlah kat korang semua. Mana tempat yang korang selalu lepak – lepak sambil melayari internet ek? Kat rumah? ofis? or kedai mamak? Kalau yang hanya menggunakan Desktop, sudah tentulah rumah menjadi spot untuk melayari internet selain daripada ofis dan interrnet cafe. Bagi menggunakan laptop sudah pasti banyak tempat yang dijadikan tempat untuk melayari internet, lebih – lebih lagi kalau kawasan tersebut menyediakan free wifi seperti kedai mamak. Ok, hari ini haku kongsikan dengan korang semua tempat – tempat favorite yang haku suka lepak sambil berblogging dan berinternet dengan anda semua.
Antara kawasan outdoor yang paling kerap haku lepak untuk surfing internet, of coz lar kedai mamak. Tapi haku cuma pilih kedai mamak yang menyediakan Free Wifi sahaja. Yang takde free Wifi haku tak lepaklah (ahaha). Kat Penang neh, kedai mamak yang kerap menjadi tumpun haku melepak sambil menggunakan internet free diorang ialah Nashmir Nasi Kandar di Jalan Perak dan Kapitan berdekatan Queensbay. Boleh dikatakan hampir setiap hari haku akan lepak dikedai diorang untuk menggunakan Wifi mereka terutamanya pada waktu pagi dan malam. Lagipun, surfing internet di kedai mamak neh murah sikit. Order teh tarik, bukak laptop ,lepak lar sampai teh tarik tue jadi teh ais (haha). Siap layan EPL lagi kalau ada live time tue.
Popularity: 2% [?]
Abang, nak ikut..
Feb 13th
Pernah tak anda semua mengalami situasi yang awek anda hendak ikut anda ke tempat – tempat untuk anda bersosial bersama rakan – rakan anda err, maksud haku macam menonton bola sepak bersama – sama rakan kat kedai mamak, bersukan(futsal @ badminton), berkaraoke atau lain – lain lagi (Bukan ke clubbing tau) dan kepada si wanita, pernah ke anda mengikut teman lelaki anda bersosial bersama rakan – rakannya? Apa perasaan anda sekirannya teman wanita anda mahu mengikut anda bersosial bersama rakan -rakan anda? adakah anda rasa terkongkong? menyusahkan atau anda tidak kisah?? dan kepada wanita, kenapa anda hendak sangat ikut teman lelaki anda bersosial dengan rakan -rakannya.
Benda ini bukan selalunya terjadi, ada masa – masa tertentu sahaja yang si wanita akan ikut teman lelakinya. Kalau 10 kali temannya mahu pergi bersosial dengan rakan – rakan lelaki, mesti ada satu atau dua kali yang dia akan ikut teman lelakinya.
Popularity: 5% [?]


