Murky is On The Way!
Posts tagged Liga Super
Datuk Khazali Din sila letak jawatan!
Jan 21st
4 perlawanan, 2 seri, 2 kalah, 6 bolos dan ZERO jaringan. Tahun lalu tiada piala, tahun ini nampak seperti bakal terjerumus ke Liga Perdana. Jika pengurusan sebelum ini berjaya membawa kejayaan Double Treble, pengurusan sekarang berjaya membawa kejayaan double bebal. Kenapa aku kata double bebal? tahun lepas gagal mendapatkan walaupun 1 piala, tahun ini nampak seperti anak ayam. Terbaru, pasukan Kedah baru sahaja di “anak ayam” kan oleh pasukan Kelantan di tempat sendiri apabila tewas 0 – 3. pasukan Kedah sekarang tidak seperti dulu, dulu pasukan Kedah sangat digeruni, sekarang?
Apa sebabnya kejatuhan pasukan Kedah? mudah sahaja, pengurusan Kedah yang tidak berkaliber, kedekut dan adanya Datuk Khazali Din yang berlagak nak jadi coach. Tak percaya? tanya Azrai Khor sebab apa dia tidak mahu pulang ke pasukan lamanya sebaliknya memilih Negeri Sembilan. Rasanya Shafizan Hashim (Pelam) dan Fauzi Shaari (Pak Long) berpindah ke pasukan lain pun atas sebab yang sama, hatta Marlon Alex James pun pernah menempelak pengurusan KFA yang tidak cekap!
Popularity: 2% [?]
Menjelang Perlawanan Akhir TM Piala FA 2010 : Negeri Sembilan vs Kedah
Apr 6th
Mesti ramai penyokong kedua – dua negeri ini tidak sabar menunggu tarikh keramat 10 April 2010 ini apabila berlangsungnya perlawanan akhir TM Piala FA diantara Negeri Sembilan dan Kedah. Ramai peminat tidak menyangkakan bahawa kedua – dua pasukan ini layak ke peringkat akhir setelah media – media massa banyak menjangkakan yang perlawanan akhir bakal menemukan Selangor dan Terengganu. Tapi itulah hakikatnya, bola itu bulat, apa pun boleh jadi.
Menjelang perlawanan akhir sabtu ini, pasti persiapan rapi sedang dilakukan oleh kedua – dua negeri ini baik para penyokong ataupun pasukan negeri yang bertanding nanti. Bagi penyokong yang menetap di Lembah Klang, pasti tiada masalah untuk datang menyokong pasukan negeri masing – masing. Tapi penyokong – penyokong yang datang dari negeri lain pasti sudah berkira – kira budget untuk ke sana. Ada yang terpaksa memecah tabung, ada juga yang meminjam dari kawan atau adik – beradik. Tak kurang juga ada yang berkongsi – kongsi duit untuk datang ke stadium dan ada juga menyewa bas untuk bertandang ke stadium Bukit Jalil. Itulah ragam yang kita boleh lihat setiap kali berlangsungnya perlawanan akhir bola sepak di Malaysia.
Bagi pasukan negeri pula, jurulatih kedua – dua pasukan dilihat sedang mencongak strategi untuk merangkul kejuaraan Piala FA. Jurulatih Kedah, Abdul Yusof pasti mahu memenangi trofi kejuaraan sulungnya sejak menjadi ketua Jurulatih dan membawa kembali Piala FA dibumi Kedah manakala Wan Jamak Wan Hassan pula sudah tentu mahu menambah koleksi kejuaraan peribadinya dan juga Negeri Sembilan.
Popularity: 11% [?]
Harimau Muda Ditipu, Orang – Orang FAM makan duit?
Mar 10th
Apa lagi alasan yang bakal diberikan oleh setiausaha FAM Datuk Azzuddin Ahmad setelah segala – galanya terbongkar luas. Pekung yang dibuka melalui email oleh Michal Mertinyak iaitu Pengurus Komersil kelab Slovakia MFK Ruzomberok kepada akhbar Harian Metro semalam telah menceritakan segala – galanya terhadap tindakan kaki kelentong badan induk bola sepak negara ini. Hati peminat mana yang tidak kecewa setelah apa yang diwar – warkan oleh FAM sebenar bohong semata – mata.
Akhbar Harian Metro semalam yang bertajuk Raja Lawak di Slovakia memang benar – benar mengejutkan haku sebagai salah seorang peminat bola sepak tanah air. Jika sebelum ini haku beria – ia memuji tindakan FAM yang menghantar skuad muda negara menimba pengalaman bermain dalam perlawanan kompetetif diluar negara, sekarang aku diantara ribuan peminat bola sepak yang kecewa dengan tindakan FAM menipu hidup – hidup para peminat bola sepak tanah air. Mereka bersungguh – sungguh dan memekik bahawa tindakan mereka berjaya menyelamatkan nasib skuad Harimau Muda, tetapi sebenarnya tidak, mereka bukan saja menggunakan skuad Harimau Muda untuk menutup kelemahan mereka, malah sanggup menipu demi menyelamatkan diri.
Popularity: 7% [?]
Akhirnya Harimau Muda mendapat perhatian
Feb 2nd
Tahniah kepada Azrai Khor dan terima kasih kepada FAM kerana masih mengambil berat terhadap nasib Harimau Muda. Hari ini dibahagian sukan akhbar arus perdana mengumumkan yang skuad Harimau Muda bakal menyertai Liga Divisyen 1 Bawah 21 Tahun di Slovakia. Keputusan yang dibuat hasil daripada mesyuarat Exco FAM semalam jelas memberikan khabar gembira kepada skuad Harimau Muda terutamanya kepada Coach Azrai. Jika sebelum ini coach Azrai melahirkan kebimbangan terhadap nasib anak buahnya yang gagal mendapat tempat di dalam Liga Super dan Liga Singapura, kini beliau boleh merangka strategi bagi menghadapi perlawanan yang bakal mereka tempuhi di Slovakia nanti dan seterusnya memantapkan skuad Harimau Muda.
Bagi Azrai, kegagalan mendapat tempat didalam Liga Super dan Liga – S merupakan satu hikmah kepada skuad beliau. Beliau memang tidak menjangkakan yang para pemainnya akan diberi pendedahan di luar negara.
Popularity: 7% [?]
Kemana hala tuju Skuad Harimau Muda
Jan 21st
Sudahlah tidak mendapat tempat didalam Liga – S, mereka juga dilarang bermain di Liga Super. Itu lah nasib Harimau Muda A dibawah kendalian Jurulatih Azrai Khor Abdullah yang kini tidak dapat merasai perlawanan kompetetif. Tindakkan tidak berakal FAM ini jelas mengundang kontroversi di dada – dada akhbar sejak akhir – akhir ini dan ramai pihak mengkritik tindakan badan induk bola sepak negara yang menolak penyertaan Harimau Muda untuk bermain didalam Liga – M dengan menggantikannya dengan pasukan yang sepatutnya bermain di Liga Perdana iaitu Pahang. Malah, pengkritik sukan, Serbegeth Singh menganggap apa yang berlaku pada skuad ini adalah akibat daripada kesilapan bodoh mereka. Melakukan sesuatu pekara tanpa memikirkan akibatnya.
Popularity: 5% [?]




