Murky is On The Way!
Posts tagged lin dan
Video Lin Dan berlatih Badminton
May 21st
Salam kepada readers blog ini. Hari ini, haku hendak keluarkan entry pasal Badminton (huh! badminton lagi!). Ini bukan entry mengutuk BAM ataupun skuad badminton negara yang gagal melayakan diri ke final Piala Thomas ataupun entry yang ingin mengondem skuad negara yang memberikan alasan lapuk kerana gagal menyerlah dalam kejohanan Piala Thomas(kata paper arus perdana negara). Tapi entry neh pasal kenapa Lin Dan, Pemain nombor 1 China begitu sukar untuk ditewaskan oleh lawannya.
Siapa yang ikut kejohanan Piala Thomas mesti tertanya – tanya kenapa Lin Dan begitu kuat dan sukar ditewaskan sehinggakan Datuk Lee Chong Wei yang juga pemain nombor 1 dunia dan Taufik Hidayat dari Indonesia gagal memberikan tentangan sengit kepada Lin Dan. Malah, kedua – dua jagoan badminton dunia itu telah diayam – ayamkan oleh Lin Dan dengan cukup mudah. Setelah haku membuat kajian dan research (samakan maksud tu?) haku terjumpa satu video yang menunjukan Lin Dan sedang berlatih bermain badminton. Kalau korang tengok video tu mesti korang suspek, ehh? respek dengan training yang dibuat. Tak hairanlah dia menjadi begitu poweroot dalam kejohanan Piala Thomas yang lalu.
Korang nak tengok video tu? Klik “Read more” kalau rajin..hehe
Popularity: 8% [?]
Keputusan Final Piala Thomas 2010
May 17th
China membuktikan kepada dunia bahawa kuasa sukan Badminton berada dalam tangan mereka apabila berjaya mempertahankan Piala Thomas buat kali keempat berturut – turut apabila menewaskan Indonesia 3 – 0 dalam perlawanan akhir semalam. Indonesia gagal mengulangi kejayaan mereka pada tahun 2000 di Kuala Lumpur apabila ketiga – tiga pemain mereka gagal menyekat permainan pemain China. Mata pertama China diperolehi oleh bekas juara Olimpik, Lin Dan apabila mudah menewaskan pemain nombor 1 Indonesia Taufik Hidayat dengan kiraan mata 21-7, 21-14 dalam tempoh hanya 44 minit.
China menerima tentangan sengit dari pemain Indonesia pada permainan seterusnya, walaubagaimanapun, pemain China berjaya mengekang pemain – pemain Indonesia dari memburu mata. Pasangan China, Cai Yun-Fu Haifeng berjaya menambah mata buat pasukan China apabila menewaskan pasangan Indonesia Markis Kido-Hendra Setiawan 25-23, 16-21, 21-12 sebelum Chen Jin memastikan Piala Thomas milik mereka dengan menewaskan Santoso dengan kiraan mata 19-21, 21-17, 21-7 dalam pertarungan yang berlarutan selama sejam 13 minit.
Dengan kemenangan ini, Piala Thomas kekal berada di bumi China untuk dua tahun berikutnya. Sementara itu, Pasukan Piala Uber China gagal mengikut jejak langkah pasukan Piala Thomas mereka apabila mereka gagal membawa pulang Piala Uber ke negara China dimana mereka tewas dengan pasukan Korea Selatan 1 – 3. Dengan kekalahan itt, pasukan Piala Uber China gagal mempertahankan kejuaraan mereka yang dimenangi sejak tahun 1998.
Kedudukan penuh pasukan dalam kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber:
Popularity: 3% [?]
Keputusan separuh akhir Piala Thomas 2010
May 14th
Mudah, mudah dan mudah. Itu yang dapat disimpulkan setelah tamat perlawanan diantara Malaysia dan China dalam separuh akhir Piala Thomas sebentar tadi. Malaysia yang turun dengan menentang juara bertahan Piala Thomas seolah – olah hilang punca apabila bertemu lawan mereka dengan melakukan banyak kesilapan – kesilapan mudah.
Pemain nombor satu negara yang juga nombor satu dunia juga bagaikan tidak mampu memberi cabaran kepada Lin Dan apabila tewas mudah 17 -21, 8 – 21 dalam perlawanan yang mengambil masa 48 minit. Begitu juga Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong yang gagal memberi tentangan sengit terhadap pasangan China Cai Yun dan Fu Haifeng apabila tewas dengan kiraan mata 15 – 21, 10 – 21 dalam tempoh masa hanya 36 minit. Tidak banyak harapan diberikan kepada Wong Choon Hann yang turun selaku pemain perseorangan nombor 2 negara menentang pemain rangking nombor 4 dunia. Chen Jin. Choon Hann pada mulanya dilihat boleh mengembalikan sinar buat negara apabila memberi tentangan sengit pada permulaan permainan. Namun akhirnya beliau akhir tewas 16 -21 di set pertama sebelum mudah dijinakkan oleh Chen Jin dengan kiraan mata 7 – 21.
Dengan kemenangan pasukan China ini, mereka akan bertemu dengan pasukan Indonesia yang menewaskan Jepun 3 – 1 dalam perlawanan separuh akhir pertama petang tadi sekaligus mengulangi perlawanan akhir tahun 2000 yang berlangsung di Kuala Lumpur juga dimana ia dimenangi oleh Indonesia. Perlawanan akhir akan berlangsung pada 16 Mei 2010 jam 02.30 petang.
Buat pasukan negara, tahniah diucapkan kerana berjaya melangkah sehingga ke peringkat ini walaupun banyak kontroversi dan berita – berita panas yang berlaku didalam persatuan BAM dan pemain itu sendiri. Diharap, selepas ini pemain – pemain negara dapat menumpukan perhatian mereka pada kejohanan – kejohanan yang akan datang dan cuba mengembalikan sinar buat sukan badminton tanah air.
Keputusan Penuh:
Popularity: 3% [?]



