Salam hari sabtu kepada bloggers – bloggers dan orang awam yang tengah bercuti sekarang. Wah! best betul korang mengeliat baru bangun dari tidur ya, jeles haku kerana terpaksa bangun awal pagi untuk ke tempat kerja (huhuu). Tak pe, rezeki, takde kerja takde duit, takde duit tak boleh enjoy, eh!?. (haha). Hari neh haku saja – saja merajinkan kepala dan jari untuk mengeluarkan idea dan menulis blog ini. Rasa macam tak seronok pula bila tengok blog sendiri makin kekurangan cerita dan entry – entry terbaru.

Dulu, semasa mula – mula Murkiester.blogspot.com bertukar menjadi murkiester.com, haku cukup bersemangat untuk berblog sampai kadang kala dalam satu hari haku akan publiskan entry lebih dari dua kali. Rajin dan eager punya pasal. Tapi sejak 2 bulan kebelakangan ini, semangat untuk berblog semakin pudar sehinggakan sekarang, priority untuk berblog haku dah letakkan paling bawah sekali dari kehidupan seharian haku. Tidak seperti awal tahun ini, kemana saja haku pergi, haku akan bawa laptop comel haku kemana – mana semata – mata memudahkan haku untuk berblog dan melawat blog orang lain. Sampaikan ada satu tahap, orang lain berkaraoke, haku berblog (hehe).

More >

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 2% [?]