Murky is On The Way!
Posts tagged Malaysia
Akhirnya Harimau Muda mendapat perhatian
Feb 2nd
Tahniah kepada Azrai Khor dan terima kasih kepada FAM kerana masih mengambil berat terhadap nasib Harimau Muda. Hari ini dibahagian sukan akhbar arus perdana mengumumkan yang skuad Harimau Muda bakal menyertai Liga Divisyen 1 Bawah 21 Tahun di Slovakia. Keputusan yang dibuat hasil daripada mesyuarat Exco FAM semalam jelas memberikan khabar gembira kepada skuad Harimau Muda terutamanya kepada Coach Azrai. Jika sebelum ini coach Azrai melahirkan kebimbangan terhadap nasib anak buahnya yang gagal mendapat tempat di dalam Liga Super dan Liga Singapura, kini beliau boleh merangka strategi bagi menghadapi perlawanan yang bakal mereka tempuhi di Slovakia nanti dan seterusnya memantapkan skuad Harimau Muda.
Bagi Azrai, kegagalan mendapat tempat didalam Liga Super dan Liga – S merupakan satu hikmah kepada skuad beliau. Beliau memang tidak menjangkakan yang para pemainnya akan diberi pendedahan di luar negara.
Popularity: 7% [?]
Malaysia 1 – Vietnam 0 (Sukan SEA Laos)
Dec 17th
Tiada apa yang lebih membanggakan buat kontinjen negara di Sukan Sea Laos. Selepas melepasi sasaran 30 emas pada sukan SEA kali ini, kejayaan skuad bola sepak negara memenangi emas adalah paling manis buat kontinjen negara dan lebih manis, penantian peminat bola sepak negara yang tidak jemu – jemu mengkritik, menanti dan berharap kejayaan skuad bola sepak akhirnya terbalas. Kali terakhir Malaysia melakar emas disukan SEA adalah pada tahun 1989 di Kuala Lumpur selepas menewaskan Singapura 3 – 1 pada masa itu. Dan selepas itu, kejatuhan bola sepak negara bagaikan tiada titik noktah sehinggalah anak – anak muda ini meletakkan titik noktah cerita kegagalan dengan kejayaan merangkul emas negara buat pertama kalinya dalam tempoh 20 tahun. Tempoh yang cukup lama bola sepak negara berada didalam keperitan.
Popularity: 1% [?]
Malaysia 3 – Laos 1 (Sukan Sea Laos 2009)
Dec 14th
Malaysia meneruskan kecemerlangan mereka dalam sukan bola sepak sukan Sea Laos 2009 setelah berjaya melangkah ke peringkat akhir apabila berjaya menewaskan pasukan tuan rumah dengan jaringan 3 – 1 hasil jaringan Badrol Baktiar pada minit ke-13 dan ke-78 dan jaringan Syafiq Rahim pada minit ke-84. Manakala pasukan tuan rumah menjaringkan gol pada minit ke-72. Kali terakhir Malaysia menjejakan kaki ke peringkat Akhir adalah pada 2001 semasa sukan Sea di Kuala Lumpur.
Bermain dihadapan hampir 20,000 penyokong Laos, pasukan Laos terlebih dahulu mengasak benteng pasukan Malaysia. Namun dalam kealpaan pemain – pemain Laos memburu gol pembukaan, Badrul Baktiar menjaringkan gol cantik pada minit ke-13 hasil hantaran Manaf Mamat pada sebelah kanan. Selepas jaringan tersebut, permainan pasukan Malaysia tampak perlahan dan kelihatan seperti kekurangan Idea untuk melakukan percubaan kearah gol. Serangan pasukan Laos yang diterajui ayam tambatan mereka Lamnao Singto dan Kampheng Sayyavuthi juga terbantut dibahagian tengah dah mereka kelihatan sukar untuk melepasi benteng pertahanan pasukan Malaysia yang diketuai oleh Zafuan Adha. Percubaan terbaik pasukan Laos pada separuh masa pertama adalah hasil sepakan percuma oleh Kaysone Soukhavong yang berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol negara, Sharbinee Allawee.
Di separuh masa kedua, gol penyamaan yang dicari oleh Laos akhirnya berhasil apabila pemain Laos berjaya menewaskan penjaga gol negara Sharbinee Allawee pada minit ke-72.
Bersemangat ingin memburu gol ke-2, pasukan Laos terus mengasak benteng pertahanan negara, namun begitu, kealpaan benteng pertahanan Laos dihukum oleh pemain negara dan sekaligus memberikan gol ke-2 untuk pasukan negara apabila Badrol Baktiar berjaya menjaringkan gol hasil hantran S. Kunalan pada minit ke-78. Enam minit kemudian, Syafiq Rahim menutup sisa perjuangan Pasukan Laos untuk mara ke perlawanan akhir bola sepak sukan Sea apabila menjaringkan gol dari dalam kotak penalti Pasukan Laos.
Dengan kemenangan ini, pasukan negara akan bertemu kembali pasukan Vietnam yang berjaya menewaskan Singapura 4 -1 dalam perlawanan separuh akhir sebelumnya. Pada perlawanan peringkat kumpulan, Vietnam telah menewaskan Malaysia 3 – 1.
P/s: Perak untuk Pasukan bola sepak negara sudah berada didalam tangan, Emas merupakan bonus. Haku percaya, 100% rakyat Malaysia mahukan emas untuk bola sepak. Diharap, pemain – pemain dapat menghadiahkan emas untuk rakyat negara ini yang dahagakan kejayaan pasukan bola sepak negara. Malaysia Boleh!
Popularity: 2% [?]
Malaysia 2 – Thailand 1 – Sukan Sea Laos
Dec 11th
Kejohanan Bola Sepak Sukan Sea Laos
Popularity: 2% [?]
Harimau Muda naib juara Empat Negara Pra-Sukan SEA
Oct 7th
Malaysia 3 – Vietnam 1
Malaysia 1 – Laos 1
p/s: Hanya dapat lihat persembahan skuad bawah 20 menentang Thailand ari 2, manakala dua lagik perlawanan xdpt sbb kerja..tapi masa melihat perlawanan menentang Thailand masa 2, skuad negara main penuh skill, laju dan fully adapt taktikal coach, cuma alpa bila dah leading pasukan Thailand. diorang juga xgugup dalam perlawanan 2..maybe sebab dah biasa dengan perlawanan kompetetif, maklum lar skuad neh neh kan juara liga perdana..apa2hal pun keep it up Harimau Muda!
Popularity: 1% [?]
Harimau Malaya semakin Pondan
Dec 16th

Peluang kedua diberikan kepada Coach Sathia? Buta ka mata tuli org2 atas FAM. Ini lah dia kalau Politik mentadbir organisasi sukan. Apa yg Dinosor dan Menantu Pak Lah tu tahu pasai bola?? yg diorg tahu membunoh dan menghancurkan Masa Depan Bola Sepak Negara. klu dilihat sepanjang Dinosor 2 pegang pucuk pimpinan FAM ada pasukan bola sepak negara kembali seperti zaman2 80-an dulu? lagi hancur ada. Si Menantu Paklah tu lagik larr..gila kosa..dia lagik kaki bangku dalam hal bola sepak neh..larangan pemain import 2 sbb dia lar..lagik jaguh kg lar Harimau Malaya neh. Bt org2 atas FAM 2 turun lar..dah muak tgk kebodohan korng kat atas 2..tak pernah meningkat langsung mutu bola sepak negara. Bagi lar kat org2 yg betul mahir dan boleh memberi komitmen 100% mentadbir FAM 2. selagi kuasa politik dan kebodohan org2 diatas 2 terus meneraju FAM sampai bila pun pasukan bola sepak negara kena sepak ngan negara2 lain..Cuih!!
“Ia cabaran baru untuk saya – Sathia
JURULATIH skuad bola sepak negara, B. Sathianathan menganggap syarat-syarat yang diletakkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam tawaran kontrak lanjutannya adalah satu cabaran baru bagi menghadapi musim 2009.
FAM meletakkan syarat bahawa skuad negara perlu memperbaiki kedudukan dalam ranking
Sambil menyifatkan syarat-syarat itu adalah tidak mustahil untuk dicapai, Sathia yang menghargai kepercayaan baru daripada Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah terhadap dirinya, yakin skuad negara mampu menggalas misi ini untuk membuktikan keupayaan sebenar.
“Syarat yang diletakkan oleh FAM ini sebenarnya bukan mustahil untuk dicapai,” kata Sathia ketika dihubungi Kosmo! semalam.
“Kita telah buktikannya dengan memperbaiki ranking dunia pada tahun ini dan saya rasa kita juga mampu melakukannya sekali lagi tahun depan.
“Cuma dalam kempen kelayakan, kita akan berdepan dua pasukan kuat iaitu Emiriyah Arab Bersatu (Januari) dan Uzbekistan (November), jadi kita perlu lebih bersedia untuk menghadapi dua pasukan handal ini,” kata Sathia lagi.
Menurut Sathia, selepas kegagalan pada Kejohanan Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) yang hampir-hampir menjejaskan masa depannya bersama skuad negara mengakui masih menyimpan hajat untuk membimbing skuad negara.
Justeru, tawaran kontrak secara bersyarat daripada FAM ini akan disambutnya dengan hati terbuka selain menjadikan ia sebagai motivasi baru untuk mengubah reputasi skuad bola sepak negara di pentas antarabangsa.
“Saya memang masih sayang dan berminat untuk terus membimbing skuad negara,” jawab Sathia apabila ditanya mengenai perasaannya selepas menerima berita tersebut.
“Saya telah lama membentuk pasukan ini dan pemain juga ada meminta saya supaya terus membimbing mereka. Jadi sudah pasti saya akan terima kontrak baru ini.
“Dan selepas ini tumpuan saya pastinya untuk memperkuatkan pasukan ini bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh FAM.
“Cabaran pertama kita tahun depan ialah dengan UAE dalam kempen Kelayakan Piala Asia dan saya akan cuba membawa beberapa pemain baru bagi memperkuatkan cabaran kita dalam kempen tersebut,” ujarnya lagi. dunia serta mempamerkan prestasi yang membanggakan pada kempen Kelayakan Piala Asia yang bermula Januari tahun depan sekiranya Sathia mahu terus membimbing skuad negara.“
Salah satu Posting dari sorang user forum HKC:
” bodoh x sedaq diri punya sathia…mcm nk pelempang hg ja bila baca artikel nih…player mana yg mintak dia ni stay xtau la…..jambu2 dia la kot…pencapaian apa yg hg buat??perbaiki ranking??sebab masuk final merdeka cup tu ka??petuuihhhh..tu pun xleh menang..dh la main kat tempat sniri…dasar lidah bercabang btui puak2 nih… “
Popularity: 1% [?]




