Murkiester Rss

facebook

Featured Posts

Calvin Thoo memeluk agama Islam Pereka fesyen terkenal Calvin Thoo memeluk agama Islam. Beliau mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan oleh Ustaz Dato Ismail Kamus, Dato Dr Asri dan Yb Us Solihin Mokhyi. Calvin Thoo menyatakan beliau memilih Islam di saat mimpi dan bermimpi bersyahadah. Calvin Khoo adalah seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia, beliau sudah...

Read more

4 tips kesihatan dari Nabi Muhammad SAW4 tips kesihatan dari Nabi Muhammad SAW 1. Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh...

Read more

7 tips memandu ketika hujan7 tips memandu ketika hujan Banyak tips memandu ketika hujan yang kita sedia maklum contohnya pasangkan wiper, perlahankan kenderaan, elak lopak air dan buka lampu jika perlu. Namun banyak lagi tips yang mungkin kita terlepas pandang, jom amalkan 7 tips ini! 1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir – Ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik...

Read more

Senarai Penuh Menteri Kabinet Malaysia 2013 Senarai Penuh Menteri Kabinet Malaysia 2013 Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak (Umno) Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno) Prime Minister’s Department: Ministers: 1. Jamil Khir Baharom (Umno) 2. Abdul Wahid Omar (Senator) 3. Idris Jala (senator) 4. Joseph Kurup (PBRS) 5. Shahidan KAssim (Umno) 6. Nancy Shukri (PBB) 7. Paul Low Seng Kwan...

Read more

Cara - cara mandi hadas yang sempurna dan mudahCara - cara mandi hadas yang sempurna dan mudah Soalan: macam mana mandi hadas besar dgn betul, mudah dan mengikut sunnah nabi. blhkah kita menyentuh kemaluan ketika mandi atau itu boleh membatalkan mandi kita tadi? Saya was-was dal hal ini. Jawapan; Kaifiyat mandi hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah dengan mengikut cara mandi Nabi s.a.w., antaranya yang diceritakan oleh...

Read more

Keputusan Pilihanraya Sarawak ke-10

Category : isu semasa

Dikatakan keputusan pilihanraya Sarawak ke-10 telah pun diketahui dimana Pakatan Rakyat telah mendahului Barisan Nasional dengan majoriti yang sangat besar dan ada juga desas desus yang mengatakan Pakatan Rakyat telah tewas dalam Pilihanraya ini sehinggakan Dato Seri Anwar Ibrahim melarikan diri keluar negara. Walaupun ada pusat pengundian telah ditutup awal, bukan bermakna keputusan telahpun dikeluarkan. Dalam kenyataan SPR sebentar tadi, mereka menegaskan hanya pihak SPR sahaja yang berhak untuk mengeluarkan sebarang keputusan. Namun begitu, TPM sendiri menyebarkan khabar angin yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat sudah tewas dalam berita terkini TV3. Walauapapun, kenyataan TPM tidak boleh diambil kira kerana kenyataan tersebut bukan dari pihak SPR itu sendiri.

Kenyataan SPR pada jam 04.31pm

KUCHING 16 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin mengatakan pakatan pembangkang kini mendahului Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 yang berlangsung hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff berkata, berita itu nyata tidak benar sama sekali kerana terdapat 368 pusat pengundian yang masih dibuka.

“Setakat ini hanya 19 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah menghantar laporan dan 61 peratus pengundi telah keluar mengundi di kawasan tersebut. – Utusan

Oleh itu, kita tunggu sahaja keputusan rasmi dari SPR dan janganlah kita menyebarkan khabar angin mengenai kemenangan parti kerana ia mungkin akan menyebabkan kekacauan. Keputusan pertama akan diumumkan dalam jam 08.00 malam nanti dan keputusan penuh akan diumumkan dalam jam 11.00 malam. Keputusan pilihanraya akan diupdate dalam entry ini dan sources akan diambil dari Malaysiakini.com dan Bernama.

Continue Reading

Laporan Ketua Audit Negara, apa tindakan SPRM?

Category : rencana

Laporan Ketua Audit Negara mengenai pembelanjaan jabatan sangat – sangat mengejutkan rakyat kerana terdapat beberapa kepincangan yang dilakukan oleh individu – individu tertentu dalam membelanjakan kewangan jabatan. Penyelewangan yang berlaku ini telah menyebabkan perbelanjaan negara melebihi apa yang dari sepatutnya.

Sebagai contoh, artikel dari Malaysiakini.com bertarikh 21 Oktober 2009 yang diambil dari Laporan Ketua Audit Negara 2008 menyatakan Kementerian Pendidikan telah membelanjakan hampir RM60,000 untuk kerja membekal, menanam dan penyelenggaran taman sebuah sekolah di Pasir Puteh, Kelantan. Harga terbabit terlalu mahal sedangkan apabila mereka membandingkan harga tersebut dengan harga dari pembekal yang berlainan, harganya jauh lebih murah dari yang dibeli oleh pihak Kementerian.

Begitu juga dengan kes Kementerian Belia dan Sukan yang membeli peralatan untuk Institut Kemahiran Belia Negara (KKBN) pada tahun 2007 didapati telah membeli dengan harga yang begitu mahal jika dibandingkan dengan harga pasaran. Yang terbaru, “sandwich kosong” yang diterima oleh pelajar di Sabah yang dikatakan bernilai lebih rendah dengan apa yang dibayar. Persoalannya sekarang, apa yang menyebabkan kes – kes sebegini berlaku? Adakah terdapat penyelewengan didalam sesebuah jabatan itu sendiri, ataupun pihak kontraktor menipu dalam memberi perkhidmatan?

Continue Reading

Related Posts with Thumbnails