Murky is On The Way!
Posts tagged Matt Damon
Green Zone (Film)
Mar 13th
Pernahkah anda terfikir peperangan di Iraq merupakan konspirasi Amerika Syarikat dan sekutunya untuk menjatuhkan Presiden Saadam Hussain? dan benarkah Iraq, negara yang mundur memiliki senjata pemusnah besar – besaran atau tujuan pendudukan negara – negara penceroboh di negara Iraq adalah untuk mengaut emas hitam yang wujud di bumi Iraq. Walau apapun alasan Amerika dan negara sekutunya menyerang dan menduduki Iraq, tindakan mereka jelas tidak berperikemanusian dan tidak wajar dilakukan sama sekali. itulah mesej yang dicuba disampaikan dalam filem terbaru lakonan aktor kacak Hollywood, Matt Damon dalam filem Green Zone. Filem ini sudahpun ditayangkan diseluruh dunia termasuk Malaysia pada 12 Mac 2010 yang lalu.
Filem yang berlatarbelakangkan suasana selepas perang Teluk ke – 2 mengisahkan seorang pegawai tentera yang bernama Roy Miller (Matt Damon) yang bertugas sebagai pegawai waran didalam unit Mobile Exploitation Team. Dia dan anggotanya ditugaskan untuk mencari Senjata Pemusnah Besar – besaran (WMD) yang dipercayai disembunyikan oleh tentera Iraq sebelum tercetusnya peperangan diantara Iraq dan Amerika. Mensyaki maklumat yang diterima dari CIA tidak tepat, beliau mula mempersoalkan segala maklumat yang diterimanya dari ketuanya. Namun, tindakannya menyebabkan rasa kurang senang dikalangan pihak atasan tentera dan CIA. Ingin tahu kesahihan maklumat yang diterima, beliau mula menjalankan siasatannya sendiri. Dibantu oleh seorang penduduk tempatan yang bernama Freddy (Khalid Abdalla) dan juga salah seorang pegawai CIA yang kurang senang dengan tindakan agensinya, beliau mula mencari Jeneral Al – Rawi yang dikatakan mempunyai maklumat mengenai senjata yang disembunyikan dinegara berkenaan. Setiap klu dan maklumat yang beliau terima, beliau semakin dapat hampir memberkas Jeneral berkenaan. Bukan itu sahaja, beliau juga merasakan yang peperangan yang berlaku di Iraq adalah konspirasi negara asalnya.
Popularity: 3% [?]

