Murkiester Rss

facebook

Featured Posts

Kisah anak bertanya tentang seks kepada ibunyaKisah anak bertanya tentang seks kepada ibunya Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. ‘Mummy, mummy? sex tu apa Mi?’.. Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yang berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai...

Read more

Patma dan tiga pekerja ladangnya dihukum matiPatma dan tiga pekerja ladangnya dihukum mati SHAH ALAM - Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya  dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu. Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati...

Read more

Polis tahan 18 individu sertai perhimpunan dihadapan Balai Polis JinjangPolis tahan 18 individu sertai perhimpunan dihadapan...  KUALA LUMPUR 22 Mei - Seramai 18 individu, termasuk empat wanita, ditahan ketika berhimpun di hadapan Balai Polis Jinjang di sini, di mana aktivis mahasiswa Pakatan Rakyat, Adam Adli ditahan, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mereka ditahan kerana gagal mematuhi arahan polis supaya beredar...

Read more

10 haiwan yang awal masuk syurga10 haiwan yang awal masuk syurga 1. Unta Nabi Saleh Mereka menambah lagi, “Cuba kamu keluarkan seekor unta dari batu besar itu,” kata mereka sambil menunjuk ke arah sebuah batu besar sambil tersenyum sinis. Mereka juga telah menerangkan sifat-sifat unta yang dikehendaki. Kaum Tsamud cukup yakin bahawa Nabi Saleh tidak mampu memenuhi permintaan mereka itu. Sebaliknya...

Read more

9 tempat paling unik di dunia Dunia ini penuh dengan tempat - tempat yang penuh dengan keajaiban dan keunikannya. Apa yang selalu kita lihat adalah beberapa peratus sahaja dan banyak lagi kawasan didunia ini yang masih belum diterokai. Dibawah ini adalah gambar - gambar dimana kawasan tersebut sangat unik dan bagi kita ia kelihatan pelik. Walaupun unik, tempat ini sangat...

Read more

Penjawat awam dapat kenaikan gaji tahunan lebih awal

Category : berita

Najib Tun Razak / UMNO 2005

Putrajaya: Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.

“Langkah itu akan membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion,” katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan ‘Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020′, di sini.
Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta menteri Kabinet. – Berita Harian

Najib bakal bagi kenaikan gaiji atau bonus?

Category : berita

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.

Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.

Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.

Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.

Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.

“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan. - The Malaysia Insider

p/s: Harap2 ia menjadi kenyataan. :)

Related Posts with Thumbnails