Murky is On The Way!
Posts tagged nasib melayu UMNO
Undi dan Bola
Jun 28th
Bercerita tentang bola, ramai melayu diluar sana gah bersembang dan berceloteh mengenainya. Lebih – lebih lagi sekarang ini masing – masing tengah demam dengan Piala Dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan. Tamat Piala Dunia, EPL mula menjadi buah mulut pemuda – pemudi Melayu di negara ini. Memang bola tidak lekang dari buah mulut orang Melayu. Tapi bila bercerita tentang politik, Melayu lagi gah bersuara. Si A kata parti neh kotor, si B pula kata parti ini kuda bangsa lain. Masing – masing mahu menengakkan benang mereka yang basah. Bergaduh pasal politik? pekara biasa bagi bangsa Melayu, keluarga sanggup diketepikan kerana politik, sahabat sanggup diputuskan tali silaturahimnya. Itulah politik bagi orang Melayu.
Apa bezanya bola dan politik dikaca mata orang Melayu? Bezanya daftar atau tidak. Meminati bola tidak perlu mendaftar, tetapi untuk menentukan arah tuju politik negara ini memerlukan seseorang Melayu itu untuk mendaftar. Ramai pemuda – pemudi Melayu negara ini tidak begitu mengambil berat mengenai politik tanah air. Ini boleh dilihat dari pendedahan akhbar Berita Harian hari ini yang mengatakan nisbah pengundi Melayu dan bangsa lain sangat jauh berbeza iaitu satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40). Sangat besar jika nak dibandingkan dengan nisbah penduduk Melayu dan bangsa lain.
Popularity: 3% [?]

