Murky is On The Way!
Posts tagged paul squid
Apabila sotong pun pening pilih juara Piala Dunia
Jul 10th
Salam Piala Dunia kepada bloggers yang kaki bola dan kaki – kaki bola di luar sana. Apa khabar korang semua? agak lama haku tidak menulis coretan haku diblog ini. Rasa malas pula hendak berblogging. Semakin hari semakin tiada mood. Baru je nak menulis entry terbaru, tiba – tiba jadi down terus mood sebab mengantuk, takde idea, tak pun entry yang haku nak tulis tu dah berlambak blogger duk tulis, lebih – lebih lagi kalau pasal Piala Dunia, potong betul (haha).
Berbalik kepada tajuk besau (kata orang melaka) diatas. Rasa – rasanya, ramai orang kenal Paul si Sotong. Sotong ne bukan sotong yang terer main trompet macam Squidward dalam cita Spongebob (betul ke tah haku eja nama dia), tapi sotong neh sotong special yang berjaya menyebabkan bookie – bookie diluar sana bunuh diri kerana prediction dia tepat.
Mula – mula si Paul meramalkan yang Jerman akan menang menentang Argentina sekaligus menyebabkan haku terkeluar dari contest Denaihati.com kerana betul tekaan menatang tue dimana Jerman berjaya menewaskan Argentina 4 – 0. Menantang tue sekali lagi buat hal dengan meramalkan Spain menang menentang Jerman yang akhirnya Spain betul – betul menewaskan Jerman. Prediction si Paul tue menyebabkan empat pengawal diletakkan di kandangnya kerana ada ugutan bunuh dari peminat bola sepak yang kecewa dengan kekalahan pasukan yang disokong mereka.
Popularity: 3% [?]


