Pakcik haku pernah mengeluarkan kenyataan yang bunyinya lebih kurang begini “Kerja hang neh kerja buat orang marah”. Ye, kerja haku memang kerja yang suka membuatkan orang marah. Siapa diantara readers disini yang marah kalau menerima saman dari penguatkuasa tak kira dia itu polis ke, penguatkuasa PBT atau penguatkuasa kesihatan? semua mesti marah bukan?. Tugas penguatkuasa sememangnya begitu dan mereka memang terpaksa membuatkan orang awam marah demi menguatkuasakan undang – undang.

Seperti yang kita semua tahu, tugas seseorang penguatkuasa itu adalah menguatkuasakan undang – undang yang terdapat di negara kita ini dan memastikan rakyat sentiasa patuh dengan undang – undang negara selaras dengan rukun negara yang ke-4 iaitu kedaulatan undang – undang. Di Malaysia ini terdapat pelbagai penguatkuasa dari pelbagai agensi antaranya:

  • Polis: – Menguatkuasakan undang – undang negara.
  • Maritim: – Menguatkuasakan undang – undang maritim
  • Imigresen: – Menguatkuasakan undang – undang Imigresen
  • Jabatan Haiwan: – Menguatkuasakan undang  – undang yang berkaitan haiwan dan haiwan liar
  • Jabatan Kesihatan: – Menguatkuasakan undang – undang kesihatan
  • Kastam: – Menguatkuasakan undang – undang kastam
  • Pihak berkuasa tempatan:  – Menguatkuasakan undang – undang kerajaan tempatan
  • Dan lain – lain lagi.

Tapi dalam kita duduk berkata mengenai tugas seorang penguatkuasa, adakah kita sedar cabaran yang dihadapi oleh seorang penguatkuasa undang – undang dalam usaha memastikan undang – undang negara dapat dikuatkuasakan dengan baik?

More >

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 7% [?]