Murkiester Rss

facebook

Featured Posts

Ahli Parlimen yang gagal angkat sumpah dalam tempoh enam bulan akan hilang kelayakanAhli Parlimen yang gagal angkat sumpah dalam tempoh... KUALA LUMPUR: Mana-mana Ahli Parlimen yang gagal mengangkat sumpah pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 24 Jun ini dan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh itu, akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, Ahli Parlimen yang gagal hadir pada hari...

Read more

Kisah perompak bank Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: "Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..." Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap. *Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada...

Read more

Keadaan kereta Kelisa yang dihempap runtuhan jambatan Pulau PinangKeadaan kereta Kelisa yang dihempap runtuhan jambatan... Anggota bomba dan penyelamat meneruskan kerja untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan struktur penyambung antara Jambatan Kedua Pulau Pinang dengan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung, dekat sini. Mangsa yang menaiki kereta dipercayai jenis Perodua Kelisa maut selepas dihempap runtuhan struktur Jambatan Kedua...

Read more

Jambatan Pulau Pinang 2 runtuh - Kontraktor manakah yang bertanggungjawab? Jambatan Pulau Pinang 2 runtuh - Kontraktor manakah... Kontraktor jambatan kedua Pulau Pinang di bahagian Batu Maung (part jambatan yang runtuh) adalah Cergas Murni Sdn Bhd. Setiap pembinaan jambatan mempunyai 3 pakej. Dalam pakej ke -3 dipecahkan kepada 5 pakej, iaitu A, B, C, D, dan E. Cergas Murni Sdn Bhd menguruskan pembinaan di pakej 3A (Batu Maung Interchange). Pemilihan kontraktor Cergas...

Read more

Jambatan Pulau Pinang kedua runtuhJambatan Pulau Pinang kedua runtuh Georgetown: Empat dipercayai maut manakala tiga cedera parah selepas sebahagian rangka utama susur masuk ke Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 50 meter dari arah Batu Maung yang dalam pembinaan runtuh, petang semalam. Bagaimanapun, mengikut beberapa saksi, dipercayai masih ada kenderaan terperangkap apabila sisa jambatan seberat 200...

Read more

Laporan Ketua Audit Negara, apa tindakan SPRM?

Category : rencana

Laporan Ketua Audit Negara mengenai pembelanjaan jabatan sangat – sangat mengejutkan rakyat kerana terdapat beberapa kepincangan yang dilakukan oleh individu – individu tertentu dalam membelanjakan kewangan jabatan. Penyelewangan yang berlaku ini telah menyebabkan perbelanjaan negara melebihi apa yang dari sepatutnya.

Sebagai contoh, artikel dari Malaysiakini.com bertarikh 21 Oktober 2009 yang diambil dari Laporan Ketua Audit Negara 2008 menyatakan Kementerian Pendidikan telah membelanjakan hampir RM60,000 untuk kerja membekal, menanam dan penyelenggaran taman sebuah sekolah di Pasir Puteh, Kelantan. Harga terbabit terlalu mahal sedangkan apabila mereka membandingkan harga tersebut dengan harga dari pembekal yang berlainan, harganya jauh lebih murah dari yang dibeli oleh pihak Kementerian.

Begitu juga dengan kes Kementerian Belia dan Sukan yang membeli peralatan untuk Institut Kemahiran Belia Negara (KKBN) pada tahun 2007 didapati telah membeli dengan harga yang begitu mahal jika dibandingkan dengan harga pasaran. Yang terbaru, “sandwich kosong” yang diterima oleh pelajar di Sabah yang dikatakan bernilai lebih rendah dengan apa yang dibayar. Persoalannya sekarang, apa yang menyebabkan kes – kes sebegini berlaku? Adakah terdapat penyelewengan didalam sesebuah jabatan itu sendiri, ataupun pihak kontraktor menipu dalam memberi perkhidmatan?

Continue Reading

Related Posts with Thumbnails