Murky is On The Way!
Posts tagged persembahan artis
Gambar – gambar hangat artis di Konsert Hot FM Big Jam 2010, Padang Kota, Pulau Pinang
Mar 7th
Semalam, 6 March 2010 di Padang Kota Lama, Penang, Hotfm bersama – sama TM telah menganjurkan satu konsert Big Jam 2010. Konsert yang bermula dari pukul 12.00 tengahari dan berakhir pada pukul 12.00 malam menampilkan lebih 30 artis tanah air. Ramai penduduk Pulau Pinang tidak melepaskan peluang untuk pergi menyaksikan konsert yang dianjurkan oleh Radio Hangat tanah air. Haku juga tidak melepaskan peluang untuk pergi menyaksikan konsert hangat. Agak lama jugalah haku tidak menjejakkan kaki ke konsert – konsert besar seperti ini. Rasanya kali terakhir haku pergi ke konsert besar seperti ini ialah konsert Rock The World beberapa tahun yang lepas.
Jarak rumah haku dengan Padang Kota tidaklah berapa jauh, hanya beberapa kilometer sahaja, jadi haku bertolak keluar ke rumah bersama DSLR haku pada jan lebih kurang 6 petang. Tiba disana haku sangkakan pengunjung masih belum ramai lagi. Tetapi sangkaan haku meleset, rupa – rupanya sudah ramaiĀ pengunjung berkumpul di hadapan stage untuk menonton Misha Omar dan artis – artis lain melakukan persembahan. Haku tidak berkesempatan untuk snap gambar – gambar artis melakukan persembahan pada waktu petang kerana jarak antara haku dan stage terlalu jauh ditambah pula dengan crowd yang terlampau ramai dihadapan stage.
Pada belah malamnya, pengunjung mula bertambah untuk pergi menonton konsert tersebut sehinggakan jalan dari Jelutong Expressway menuju ke Pusat bandar mengalami kesesakan teruk. Haku yang datang ke konsert tersebut untuk mengambil beberapa gambar artis nekad merempuh pengunjung – pengunjung disitu untuk berada dekat dengan stage. Namun setibanya haku diruangan yang khas untuk pengunjung yang mempunyai sticker, haku dihalang oleh abang – abang RELA, namun setelah merayu haku dibenarkan masuk oleh petugas konsert tersebut tetapi hanya duduk dibahagian belakang ruangan tersebut. Ok lah dapat duduk disitu, sekurang – kurangnya dapat juga view terbaik untuk snap gambar daripada duduk berhimpit – himpit dengan orang ramai. Semasa haku sedang snap gambar – gambar kumpulan Fotograf, seorang ketua RELA mendekati haku dan menyuruh haku pergi kedepan untuk dapatkan view lagi terbaik. Peh, terima kasih banyak kepada abang RELA tersebut dan juga brader petugas konsert kerana membenarkan haku masuk ke area tersebut. Tanpa permission dan belas kasihan diorang, jangan haraplah haku dapat snap gambar – gambar seperti dibawah ini. Jadi kepada photographer – photographer, rule pertama untuk dapat view terbaik semasa di konsert, mintalah kebenaran dengan baik kepada petugas konsert, insyallah dia akan bagi (hohoo)
Popularity: 20% [?]

