Murky is On The Way!
Posts tagged Photo
Projek “Alpha” Haku: Buah Durian Balik Pulau
Apr 21st
Yey! Musim buah kat Penang neh makin dekat. Sempena kedatangan musim buah – buah tempatan melambak di tepi – tepi jalan di Penang neh, haku ingin men”tribute”kan buah – buahan tempatan dalam koleksi photography haku neh. Dan buah yang menjadi pilihan haku ialah buah durian Balik Pulau kerana buah durian Balik Pulau adalah salah satu buah yang haku suka beli tapi haku biar sampai busuk (haha). Haku malas nak bukak kulit dia daaa..
Tapi sebelum korang terliur melihat buah durian Balik Pulau neh, satu teka – teki haku nak bagi kat korang untuk korang teka. Hadiah dia? Sebiji buah durian untuk korang melahap. Soalan dia, berapa besar buah durian yang menjadi “model” dalam sesi photography haku ini? dan berapakah harga buah durian tersebut? hah! pikir 5 minit dulu kemudian baru klik “read more” (siapa yang malas klik, kena klik juga..kalau tak macamana nak dapat buah durian).
Ok? dah dapat jawapan dia? Boleh klik button “read more” kat bawah neh. (hehe)
Popularity: 9% [?]
Bila si Jejaka DSLR bertemu si Manis Photoshop..
Apr 16th
Selepas mengeluarkan entry mengenai Majalah Digital Camera , hari neh terasa mahu mengodek – godek software Photoshop CS 3 untuk mengedit gambar. Dari pejabat lagi haku tak sabar – sabar mahu mencari gambar – gambar yang mahu diedit dan juga mengedit gambar member haku. So disebabkan hari neh haku tiada idea mahu menulis blog, haku menghabiskan masa berjam – jam duduk mengadap Photoshop mengedit gambar – gambar semasa di menonton perlawanan akhir Piala FA minggu lepas dan juga mengedit gambar rakan haku yang sarat mengandung. Nasib baik haku sempat menunaikan hajat member haku tu sebab agak lama dia menunggu haku datang ke Kuala Lumpur untuk mengambil gambarnya kerana ke esokan paginya dia selamat melahirkan anak sulungnya. Huhuu, patutlah naluri haku berkata ambil gambar dulu baru pergi stadium, rupanya dah sampai due date dah member haku tue (hehe).
Ok, takmau menulis banyak – banyak, haku tengah kering idea neh, haku sajikan gambar – gambar edited haku kat korang semua.
Popularity: 11% [?]
Gambar – gambar hangat artis di Konsert Hot FM Big Jam 2010, Padang Kota, Pulau Pinang
Mar 7th
Semalam, 6 March 2010 di Padang Kota Lama, Penang, Hotfm bersama – sama TM telah menganjurkan satu konsert Big Jam 2010. Konsert yang bermula dari pukul 12.00 tengahari dan berakhir pada pukul 12.00 malam menampilkan lebih 30 artis tanah air. Ramai penduduk Pulau Pinang tidak melepaskan peluang untuk pergi menyaksikan konsert yang dianjurkan oleh Radio Hangat tanah air. Haku juga tidak melepaskan peluang untuk pergi menyaksikan konsert hangat. Agak lama jugalah haku tidak menjejakkan kaki ke konsert – konsert besar seperti ini. Rasanya kali terakhir haku pergi ke konsert besar seperti ini ialah konsert Rock The World beberapa tahun yang lepas.
Jarak rumah haku dengan Padang Kota tidaklah berapa jauh, hanya beberapa kilometer sahaja, jadi haku bertolak keluar ke rumah bersama DSLR haku pada jan lebih kurang 6 petang. Tiba disana haku sangkakan pengunjung masih belum ramai lagi. Tetapi sangkaan haku meleset, rupa – rupanya sudah ramai pengunjung berkumpul di hadapan stage untuk menonton Misha Omar dan artis – artis lain melakukan persembahan. Haku tidak berkesempatan untuk snap gambar – gambar artis melakukan persembahan pada waktu petang kerana jarak antara haku dan stage terlalu jauh ditambah pula dengan crowd yang terlampau ramai dihadapan stage.
Pada belah malamnya, pengunjung mula bertambah untuk pergi menonton konsert tersebut sehinggakan jalan dari Jelutong Expressway menuju ke Pusat bandar mengalami kesesakan teruk. Haku yang datang ke konsert tersebut untuk mengambil beberapa gambar artis nekad merempuh pengunjung – pengunjung disitu untuk berada dekat dengan stage. Namun setibanya haku diruangan yang khas untuk pengunjung yang mempunyai sticker, haku dihalang oleh abang – abang RELA, namun setelah merayu haku dibenarkan masuk oleh petugas konsert tersebut tetapi hanya duduk dibahagian belakang ruangan tersebut. Ok lah dapat duduk disitu, sekurang – kurangnya dapat juga view terbaik untuk snap gambar daripada duduk berhimpit – himpit dengan orang ramai. Semasa haku sedang snap gambar – gambar kumpulan Fotograf, seorang ketua RELA mendekati haku dan menyuruh haku pergi kedepan untuk dapatkan view lagi terbaik. Peh, terima kasih banyak kepada abang RELA tersebut dan juga brader petugas konsert kerana membenarkan haku masuk ke area tersebut. Tanpa permission dan belas kasihan diorang, jangan haraplah haku dapat snap gambar – gambar seperti dibawah ini. Jadi kepada photographer – photographer, rule pertama untuk dapat view terbaik semasa di konsert, mintalah kebenaran dengan baik kepada petugas konsert, insyallah dia akan bagi (hohoo)
Popularity: 20% [?]
Photoshop + DSLR = Terbaik!
Mar 5th
Kata Allahyarham P. Ramlee, Irama dan lagu tak dapat dipisahkan, begitu juga dalam dunia fotografi dimana DSLR dan Photoshop saling memerlukan. Tanpa Photoshop, gambar umpama lagu yang tidak berirama. Entry haku kali ini merupakan entry pertama untuk tahun ini haku menayangkan gambar – gambar edited haku. Agak kekok sebenarnya semasa haku cuba edit gambar – gambar ini. Maklumlah lama dah tak buka software Photoshop haku neh. Kalau kat dalam rak confirm dah berabuk, nasib baik dalam komputer, tak nampak sawangnya (haha). Ok ah, tak mau bercerita panjang, harap anda semua enjoy melihat gambar – gambar edited dari sorang amatur..huhuu
Popularity: 15% [?]
Hari minggu yang menyeronokkan
Mar 2nd
Posted by Zul Murky in Murky lifestyle | 752 views
Salam bloggers semua. Apa Khabar semua, rasanya semua sihat bukan, harap – harap begitulah. Pertama kali haku ingin meminta maaf kepada blogwalker – blogwalker yang melawat blog haku, minta maaf banyak – banyak kerana tidak dapat melawat balik blog anda kerana haku telah terputus hubungan dengan dunia blogging selama 3 hari kerana haku terlibat dengan aktiviti – aktiviti pada hujung minggu lepas. Hari ini baru haku rasa free untuk berblogwalking. Rindu juga haku dengan dunia blog neh, macam rindu kat awek pulak (waiceh ..haha). Haku bukan apa, minggu lepas rakan – rakan haku semasa di UiTM datang ke rumah bujang haku di Penang neh untuk pergi melawat rakan haku yang juga rakan mereka melangsungkan perkahwinannya di Taiping pada hari Sabtu yang lalu. Bukan itu sahaja, petang Sabtu haku juga terpaksa bergegas ke Johor Bahru untuk melihat sepupu haku berkahwin dan pulang pada pagi Isnin untuk spend masa haku ngan rakan – rakan haku tadi.
Jadi atas kesibukkan tue lah haku tak dapat nak lepak – lepak kat dunia blog. Buka ja blog haku rasa macam serabut pula dengan komen tak terbalas ditambah pula visitor haku jatuh mendadak disebabkan haku tidak berblogwalking tetapi alhamdullilah still dalam range 1xx. Thanks kepada yang masih lepak – lepak kat blog haku walaupun blog haku neh bersawang dengan teruk sekali (huhuu.)
Haku tak mahu mengarut panjang – panjang kat entry kali neh, lagi pun haku tidak berapa pandai hendak menulis entry personal sebab tak reti hendak bercerita. Cuma entry kali ini haku cuma ingin kongsikan gambar – gambar aktiviti haku bersama rakan – rakan dengan anda semua. Haku rasa cukup lah sekadar gambar yer, kalau hendak bercerita memang julinglah mata korang hendak baca entry neh nanti (haha).
Popularity: 5% [?]


