Murky is On The Way!
Posts tagged Piala Thomas
Video Lin Dan berlatih Badminton
May 21st
Salam kepada readers blog ini. Hari ini, haku hendak keluarkan entry pasal Badminton (huh! badminton lagi!). Ini bukan entry mengutuk BAM ataupun skuad badminton negara yang gagal melayakan diri ke final Piala Thomas ataupun entry yang ingin mengondem skuad negara yang memberikan alasan lapuk kerana gagal menyerlah dalam kejohanan Piala Thomas(kata paper arus perdana negara). Tapi entry neh pasal kenapa Lin Dan, Pemain nombor 1 China begitu sukar untuk ditewaskan oleh lawannya.
Siapa yang ikut kejohanan Piala Thomas mesti tertanya – tanya kenapa Lin Dan begitu kuat dan sukar ditewaskan sehinggakan Datuk Lee Chong Wei yang juga pemain nombor 1 dunia dan Taufik Hidayat dari Indonesia gagal memberikan tentangan sengit kepada Lin Dan. Malah, kedua – dua jagoan badminton dunia itu telah diayam – ayamkan oleh Lin Dan dengan cukup mudah. Setelah haku membuat kajian dan research (samakan maksud tu?) haku terjumpa satu video yang menunjukan Lin Dan sedang berlatih bermain badminton. Kalau korang tengok video tu mesti korang suspek, ehh? respek dengan training yang dibuat. Tak hairanlah dia menjadi begitu poweroot dalam kejohanan Piala Thomas yang lalu.
Korang nak tengok video tu? Klik “Read more” kalau rajin..hehe
Popularity: 8% [?]
Kisah disebalik kata kunci Piala Thomas
May 18th
Salam dan selamat sejahtera kepada bloggers semua. Hari ini rasanya ingin haku menulis secara santai – santai, malas nak fikir untuk keluarkan entry – entry yang memerlukan idea berat, cukuplah sekadar idea – idea yang terlintas dalam kepala haku neh. Sebenarnya, start dari awal bulan ini, mood haku nak berblog memang cukup down gila – gila sampaikan pernah terfikir nak berehat sebentar dari dunia blog. Haku bukan apa, cuma penat berkerja lebih masa. Badan dan minda haku memang betul – betul exhausted, exhausted disebabkan kena berkerja teruk, exhausted kerana memikirkan masalah kerja, keluarga dan awek (ceh!) dan exhausted kerana nak maintain blog haku neh (Hehe).
Tapi disebabkan ingin maintain ranking Alexia dan menaikan PR blog ini, haku try juga update blog haku ini walaupun takde isu nak diceritakan. Mujurlah ada event yang sedikit sebanyak memberi haku inspirasi untuk menulis dan update blog haku ini. Event yang haku maksudkan, kejohanan Piala Thomas, dapatlah juga haku update blog haku dengan entry – entry terbaru dan mengelakkan blog haku dari bersawang. Kalau korang perasan, sepanjang kejohanan Piala Thomas bermula, haku tak update langsung cerita – cerita lain melainkan Piala Thomas. Nampak sangat haku takde idea dan malas nak menulis entry lain (malas? hohoo).
Dalam duk concentrate menulis pasal Piala Thomas, haku tak sangka, ia banyak membantu blog haku mendapat traffik yang mencurah – curah sehingga hampir mencecah 2k sepanjang kejohanan Piala Thomas berlangsung tanpa perlu berblogwalking. Itu tak termasuk entry – entry yang berkaitan dengan sukan Badminton tanah air yang haku tulis sebelum kejohanan bermula. Tak sia – sia haku memaksa diri haku menonton perlawanan yang melibatkan Malaysia dalam Piala Thomas dan menulis mengenainya selepas game. Mujur Malaysia tak layak sehingga Final, kalau tidak sudah tentu banyak lagi traffik yang masuk ke sini.
Popularity: 3% [?]
Keputusan perlawanan kumpulan Piala Thomas dan Piala Uber
May 11th
Mengecewakan. Itu yang dapat diluahkan oleh peminat – peminat badminton tanah air yang kecewa dengan prestasi perlawanan “pertama” pasukan negara menentang pasukan Jepun sebentar tadi. Kekalahan 2 – 3 di tangan Jepun betul – betul mengusarkan harapan peminat badminton yang ingin melihat pasukan negara merampas kejuaraan Piala Thomas dari pasukan China. Jika dilihat dari prestasi pemain sebentar tadi, hanya Datuk Lee Chong Wei dan pasangan beregu utama iaitu Koo Kean Keat dan Tan Boon Heong yang betul betul dapat mengalas cabaran negara dalam kejohanan ini. Walaupun pasukan negara tewas dalam perlawanan ini, Malaysia layak ke peringkat seterusnya kerana dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan layak ke peringkat kedua. Dengan kekalahan ini, pasukan negara menduduki tangga ke dua.
Di permulaan perlawanan tadi, Pasukan Malaysia mendahului Jepun 2 – 0 apabila pemain perseorangan dan beregu nombor 1 negara berjaya menewaskan lawan masing – masing. Namun apabila tiba giliran pemain nombor dua negara iaitu Wong Choon Han, permainan pasukan Malaysia serba tidak menjadi apabila kerap melakukan kesilapan mudah. Amat memalukan buat Wong Choon Han apabila tewas ditangan pemain rangking nombor 40 dunia, Sho Sasaki. Wong pemain rangking ke-16 dunia sepatutnya tidak kerap melakukan kesilapan semasa menentang lawan beliau apabila beliau dilihat kerap menghantar bola sehingga ke luar gelanggang dan gagal mengawal permainan netting. Pasangan beregu negara juga begitu mengecewakan apabila berjaya ditewaskan dengan mudah oleh pasangan beregu ke-2 Jepun. Hanya Hafiz Hashim sahaja yang berjaya memberi tentangan hebat sebelum tewas ditangan Shoji Sato.
kekalahan ini mungkin disebabkan pemain – pemain Malaysia gugup menghadapi perlawanan “pertama” kerana permainan pertama yang sepatutnya berlangsung tidak menjadi kenyataan apabila pasukan Malaysia menang tanpa bertanding kerana kegagalan lawan Malaysia iaitu Nigeria untuk datang tepat pada masanya. Kekalahan ini juga mungkin disebabkan strategi Jurulatih yang sengaja mahu melihat pasukan Malaysia tewas bagi mengelakkan bertemu dengan pasukan pilihan dalam kejohanan ini iaitu China, Indonesia dan Denmark ataupun mengelakkan pasukan negara dari keletihan dan kecederaan. Walaupun bagaimanapun, kita tunggu sahaja undian peringkat kedua nanti.
Sementara itu, pasukan Piala Uber negara tewas mudah dengan pasukan terkuat dalam kejohanan ini iaitu China 0 – 5. Nyata, pasukan Piala Uber Negara bukan lawan pasukan China.
Keptusan Penuh:
Popularity: 6% [?]
Senarai Pemain Pasukan Pilihan Piala Thomas
Apr 27th
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sudah pun mengeluarkan senarai pemain bagi pasukan – pasukan yang bertanding pada Piala Thomas dan Piala Uber pada 9 – 16 Mei 2010 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia. Skuad Malaysia juga tidak ketinggalan menyenaraikan nama – nama yang bakal mengalas cabaran negara dalam kejohanan paling berprestij dalam sukan Badminton.
Walaupun skuad negara sekarang sedang dilanda pelbagai kontroversi dan berita – berita sensasi disamping prestasi pemain yang tidak menentu, ia tidak menghalang para peminat untuk menyokong skuad negara ini. Bermain ditempat sendiri sudah pasti memberi kelebihan kepada para pemain untuk cuba merangkul piala yang kali terakhir dimenangi oleh skuad negara pada tahun 1992.
Jika dilihat dari senarai pemain – pemain pilihan Piala Thomas, skuad negara pasti berdepan laluan sukar untuk cuba melayakan diri ke perlawanan akhir piala Thomas. Tapi atas semangat “Malaysia Boleh”, peminat badminton tanah air yakin yang skuad negara dapat menempuh segala halangan dihadapan mereka.
Oleh itu, selamat berjuang buat para pemain negara. Lupakan segala kontroversi yang berlaku sekarang untuk seketika dan tumpukan persiapan anda dalam kejohanan badminton ini. Diharapkan para pemain dapat melaksanakan tanggungjawab mereka ini dengan baik dan cuba membawa balik Piala Thomas ke bumi Malaysia.
Malaysia:
Perseorangan:
- Lee Chong Wei
- Wong Choong Han
- Mohd Hafiz Hashim
- Tan Chun Seang
Beregu:
- Koo Kean Keat
- Tan Boon Heong
- Mohd Zakry Abdul Latif
- Mohd Fairuzizuam Mohd Tazari
- Hoom Thien How
- Ong Soon Hock
Popularity: 15% [?]
Disebalik kejayaan Lee Chong Wei
Mar 19th
Rasanya tidak terlambat bagi haku mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei yang berjaya merangkul kejuaraan All England, kejuaraan yang menjadi impian setiap pemain badminton negara. Tetapi, cerita kejayaan Datuk Lee Chong Wei hanyalah secebis cerita gembira yang terukir didalam drama badminton negara yang penuh dengan duka dan kontroversi.
BAM tidak ubah seperti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), penuh dengan cerita dan drama sehinggakan para peminat tidak faham dengan hala tuju sebenar persatuan itu. Dari isu masalah jurulatih beregu, prestasi pemain yang tidak menentu, masalah kewangan dan yang terbaru kemelut politik diantara pegawai tertinggi persatuan itu seolah – oleh memberi petanda bahawa impian negara untuk merangkul Piala Thomas dalam kejohanan yang akan datang ini tidak akan menjadi kenyataan.
Berita mengenai pengantungan Setiausaha Kehormat BAM, P Ganga Rao semalam hanya menambah masalah dan pergolakan yang sedang berlaku didalam BAM itu sendiri. Dengan tempoh hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi sebelum bermulanya Piala Thomas, BAM sepatutnya menumpukan sepenuh perhatian terhadap persiapan para pemain dari sibuk bersengketa sesama sendiri.
Lihat apa yang berlaku hari ini, Majlis Sukan Negara (MSN) terpaksa mengambil alih tanggungjawab menjaga kebajikan para pemain dari BAM kerana persatuan itu gagal menjalankan tanggungjawab mereka terhadap para pemain dengan sebaik mungkin. Bahkan, timbul keraguan dikalangan pegawai BAM yang dikatakan cuba mengaut keuntungan diatas bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan terhadap persatuan itu. Ini menunjukan BAM bukan sahaja bermasalah di peringkat atasan, tetapi pengurusan mereka juga lemah.
Popularity: 13% [?]




