Murky is On The Way!
Posts tagged PKR
Perhimpunan 901, apa perlu korang buat?
Jan 8th
Besok satu lagi sejarah Demonstrasi akan berlaku, bukan demokrasi tau, sebab negara Malaysia tak cukup demokrasi lagi sebab senang sangat nak berhimpun, kalau negara demokrasi lain macam Britain atau US lagi senang nak berhimpun siap boleh buat riot lagi kah kah kah. So kepada yang nak pergi perhimpunan 901 besok (bukan 501 tau, perhimpunan 501 nak bantah penjualan jeans Levi’s siam hehe), pastikan korang ikut arahan dari pihak KDN iaitu:
- Polis akan memasang pita had kawasan perhimpunan
- Dilarang kain rentang ‘Bebaskan Anwar 901′ atau ‘Bebaskan Anwar’
- Dibenar hanya dua ‘loudhailer’ bagi kawal peserta
- Dilarang berucap
- Dilarang mengganggu prosiding mahkamah
- Jika kawasan penuh, peserta lain perlu beredar
- Penganjur pastikan peserta tidak bawa senjata
- Bersurai tidak lewat daripada satu jam selepas keputusan mahkamah
- Patuhi arahan polis
- Dilarang melakukan khianat atau merosakkan harta benda awam
So, polis dah bagi kebenaran kenalah ikut arahan yer, jangan diibarat orang dah bagi masuk rumah, buat rumah macam rumah sendiri pulak yer. lagi satu diharap yang pergi tue semua bijak – bijak pandai, orang bodoh jangan pergi tau baik PR ke, Perkasa ke or Pekida, harap yang pergi tu bijak – bijak belaka, sebab yang bodo – bodoh belaka neh suka buat huru hara, maklumlah terpengaruh sangat dengan filem – filem barat (hehe). Oh yer, ada satu tips aku nak bagi neh:
Popularity: 1% [?]
Perang ludah – meludah hampir bermula
Dec 20th
Ludah sana, ludah sini. Ludah atas ludah bawah, ludah atas air ludah jatuh ke muka, ludah bawah kena terkena kasut pula. Haha! sebelum ini isu Lynas, lepas tue isu Lembu sekarang isu Ludah, semuanya berkaitan dengan L, diulangi huruf L haha!. Ada yang cuba nak tunjuk hero, ada juga nak tunjuk pandai dan ada juga nak cari populariti, tetapi yang pasti memalukan agama dan bangsa. Pasal bendera bergaduh sesama sendiri, pasal nak sangat berdemo, sanggup memalukan bangsa, bangsa lain semakin bijak dan bersatu, bangsa yang satu neh semakin bodoh dan berpecah pasal suka sangat berpolitik dan berdemo. Yang student cara student yang bapak budak cara bapak budak. Suka sangat bercakaran, suka sangat menabur fitnah, suka sangat bergaduh mulut, suka sangat kutuk mengutuk suka sangat bermasam muka sampai di masjid pun tiada penyatuan. Lantak korang ler, makin benci pula tengok gelagat bodoh diorang. Nak kata memperjuangkan nasib rakyat, isu peribadi dan cari salah pemimpin yang diangkat, isu asas dan hak rakyat sipi – sipi saja kedengaran. Al-maklumlah, PRU 13 makin dekat. Makin kuat gendang perang dimainkan. Sekarang perang Ludah lepas neh mungkin perang saudara. Tahniah bangsa Melayu!
Popularity: 1% [?]
Undi dan Bola
Jun 28th
Bercerita tentang bola, ramai melayu diluar sana gah bersembang dan berceloteh mengenainya. Lebih – lebih lagi sekarang ini masing – masing tengah demam dengan Piala Dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan. Tamat Piala Dunia, EPL mula menjadi buah mulut pemuda – pemudi Melayu di negara ini. Memang bola tidak lekang dari buah mulut orang Melayu. Tapi bila bercerita tentang politik, Melayu lagi gah bersuara. Si A kata parti neh kotor, si B pula kata parti ini kuda bangsa lain. Masing – masing mahu menengakkan benang mereka yang basah. Bergaduh pasal politik? pekara biasa bagi bangsa Melayu, keluarga sanggup diketepikan kerana politik, sahabat sanggup diputuskan tali silaturahimnya. Itulah politik bagi orang Melayu.
Apa bezanya bola dan politik dikaca mata orang Melayu? Bezanya daftar atau tidak. Meminati bola tidak perlu mendaftar, tetapi untuk menentukan arah tuju politik negara ini memerlukan seseorang Melayu itu untuk mendaftar. Ramai pemuda – pemudi Melayu negara ini tidak begitu mengambil berat mengenai politik tanah air. Ini boleh dilihat dari pendedahan akhbar Berita Harian hari ini yang mengatakan nisbah pengundi Melayu dan bangsa lain sangat jauh berbeza iaitu satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40). Sangat besar jika nak dibandingkan dengan nisbah penduduk Melayu dan bangsa lain.
Popularity: 3% [?]





