Murky is On The Way!
Posts tagged polis diraja malaysia
50% punya pasal, sesak satu balai.
Dec 9th
Sejak Polis Diraja Malaysia mengumumkan diskaun terhadap kesalahan – kesalahan traffik yang dilakukan oleh pengguna jalan raya pada 1 Disember yang lalu, kaunter – kaunter pembayaran yang kalau dahulunya lengang kini ibarat mangsa banjir yang menunggu bantuan beras. Cukup sesak dengan orang ramai yang beratur panjang untuk membayar harga diskaun kompaun mereka. Aku pun diantara orang ramai yang ingin membayar saman tertunggak mereka dibalai polis traffik yang berdekatan dengan pejabat aku. Tetapi setiap kali aku ke kaunter pembayaran kompaun polis, pasti aku akan berpatah balik kerana putus asa melihat orang ramai yang beratur panjang singgah sampai ke pagar balai polis (huhu).
So, aku menggunakan cara kedua untuk membayar sama iaitu dengan menggunakan internet. Walaupun di cas RM2 untuk satu saman, aku lebih rela rugi 2 ringgit dari membazir masa 2 jam untuk beratur dibawah panas terik. Jadi aku bukalah laman web Myeg e-services untuk membayar saman, tetapi yang hairannya, setiap kali aku cuba proceed untuk membayarnya mesti akan berlaku error. Kemudian aku gunakan e-services yang lain iaitu Rilex.com.my pula. Error yang sama keluar.
So bila selidik balik, rupa – rupanya, kaunter internet polis traffik pun penuh sampai sampai tidak boleh aku untuk mengaksesnya. Aduh! kecewa lagi, ingatkan guna internet senang, rupanya 2 x 5 je (huhuu).
Bukan 2 laman e-services itu saja yang down. Laman web PDRM yang aku cuba masuk pun down!, rupanya ramai sungguh pesalah – pesalah traffik yang cuba masuk ke laman web polis sampai down server PDRM semata – mata mahu check dan membayar saman mereka secara on-line. Nampaknya terpaksalah aku cuba membayar selepas jam 12.00 tengah malam nanti dan harap – harap time tu, server mereka tidak terlampau busy. Kalau tak boleh juga, terpaksa memalukan sedikit diri ini dengan meminta tolong “orang dalam” untuk setel semua saman – saman aku neh walaupun (huhuu).
Popularity: 3% [?]



