Murky is On The Way!
Posts tagged Politik Malaysia
Apabila Isu serangan Israel di Politikkan
Jun 3rd
Posted by Zul Murky in isu semasa | 1,167 views
Pertama sekali, haku seperti umat Islam yang lain begitu marah dan sedih dengan tindakan tidak berperikemanusian Rejim Zionist yang telah bertindak kejam terhadap aktivis – aktivis Pro Palestin yang dibunuh dan di penjarakan tanpa belas kasihan kerana mahu membantu rakyat Palestin di Gaza City. Seperti yang kita semua tahu, isu serangan komando Israel terhadap flotilla keamanan bukan sahaja menyebabkan kemarahan umat Islam seluruh dunia, malah aktivis – aktivis pro Palestine dan juga yang anti – Israel juga begitu sungguh kecewa dengan tindakan kejam mereka sehinggakan hampir kebanyakkan bandar – bandar utama seluruh dunia khususnya Turki telah dibanjiri dengan protestor – protestor yang membantah tindakan rejim Zionist itu yang membunuh 19 aktivis yang menaiki kapal Mavi Marmara, salah satu flotilla keamanan yang sedang menuju ke Gaza.
Di Malaysia juga tidak ketinggalan melakukan demostrasi dimana tunjuk perasaan telah dilakukan dihadapan sekutu kuat negara haram itu iaitu Amerika Syarikat bagi mengecam tindakan kejam komando Israel. Malah penunjuk perasaan juga telah mengajak semua umat Islam di Malaysia ini untuk bersatu tanpa mengira parti politik membantah kekejaman Israel.
Popularity: 3% [?]
Keputusan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor
Apr 25th
Setelah calon Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim berkempen bermati – matian untuk menjadi Ahli Parlimen baru kawasan Hulu Selangor, hari penentuan telahpun berlangsung pada hari ini. Segala lakonan, janji, mimik muka dan hipokrasi telah kita lihat sepanjang tempoh berkempen. Tuduhan, Fitnah, provokasi dan kacau ganggu juga mewarnai hari – hari berkempen di Kawasan Hulu Selangor ini. Itulah politik Malaysia, penuh dengan warna warni. Mujurlah tiada apa yang teruk berlaku semasa berkempen.
Dah hari ini, rakyat Hulu Selangor menunaikan tanggungjawab mereka kepada negara dengan keluar mengundi. Sebanyak 75.87 peratus atau 48,935 pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka. Ini termasuklah 799 pengundi pos yang telah membuang undi mereka mereka pada Khamis yang lalu. Kepada yang layak mengundi tetapi tidak mengundi, janganlah anda berkokok selepas ini kerana kebodohan dan kesombongan andalah parti yang anda sokong tumbang. Dan selepas ini juga, janganlah ada suara – suara sumbang yang mengatakan Pilihanraya ini telah tercemar. Rakyat di Hulu Selangor telah memilih, hormatilah pilihan mereka.
Kini keputusan tidak rasmi telah diumumkan. Tahniah kepada P. Kamalanathan kerana telah dipilih oleh rakyat di Hulu Selangor untuk menjadi suara penduduk Hulu Selangor didalam Parlimen Malaysia. Kepada yang telah terpilih, diharap anda dapat menunaikan janji anda kepada rakyat. Jangan pandai menabur janji saja, laksanakan tanggungjawab anda dengan adil dan saksama.
Keputusan Penuh:
BN – 24,997
PKR – 23,272
Majoriti -1,725
Undi Rosak – 731
Popularity: 3% [?]


