ASTRO bulan ini membawakan satu siri cerita yang dijangkakan akan mendapat sambutan paling tinggi dikalangan subscriber mereka. Lupakan Akedemi Fantasia, lupakan drama lakonan Fasha Sandha, Spa Q dan lupakan rancangan – rancangan lain di Astro. Mini siri yang haku maksudkan ialah The Pacific.

Dari penerbit mini siri Band Of Brothers iaitu Steven Spielberg dan Tom Hanks, jalan cerita The Pacific boleh dikatakan hampir sama dengan cerita Band Of Brothers, cuma yang membezakannya ialah peperangan yang berlaku ialah di pasifik bukannya di Eropah. Mini siri ini berdasarkan pengalaman  veteren Perang Dunia Kedua yang menceritakan bagaimana keadaan mereka semasa bertempur dengan tentera Jepun di Pasifik.

Bagi yang pernah menonton mini siri Band of Brothers di Astro suatu masa dulu, pasti tidak mahu melepaskan peluang menonton mini siri terbaru ini. Mana tidaknya, cerita – cerita dan filem – filem dari Steven Spielberg memang semuanya terbaik terutamanya apabila beliau membuat filem – filem atau cerita – cerita perang. Malah, aksi – aksi pertempuran dalam mini siri ini cukup real, seperti filem- filem perangnya yang lain.

Rancangan mini siri The Pacific ini boleh ditonton disaluran HBO iaitu saluran 411 dan ia sudah pun ditayangkan pada hari Sabtu yang lalu iaitu 3 April 2010 dan setiap episod baru akan ditayangkan setiap hari sabtu, jam 09.00 malam. Dan untuk makluman anda juga, terdapat 10 episod dalam cerita The Pacific ini. Sekiranya anda terlepas salah satu episod yang ditayangkan setiap hari Sabtu, jangan risau, rancangan ini mempunyai siaran ulangan. Contoh siaran ulangan yang boleh ditonton ialah setiap hari Isnin bermula jam 10.00 malam sehingga jam 12.00 tengahmalam. More >

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]