Salam dan selamat sejahtera kepada bloggers semua.

Siapa diantara bloggers disini yang kaki photography? mesti ramai bukan? tak kiralah yang menggunakan kamera kompak ke, DSLR ke ataupun kamera handphone. Kalau dah minat mengambil gambar, boleh dikata kaki photogrphy. Dan haku rasa ramai juga readers blog ini juga gila edit mengedit gambar mengunakan photoshop bukan. Mestilah minat, kalau dah kaki ambil gambar mesti minat mengedit, lagipun haku pernah berkata dulu, gambar tanpa edit umpama lagu tanpa irama. Cewah.

Ok, back to topic, sebenarnya entry haku kali ini haku nak reviewkan satu majalah Fotografi yang selalu haku langgan iaitu majalah Digital Camera. Siapa  yang merupakan seorang photographer mesti tahu tentang majalah ini sebab majalah ini memang menjadi salah satu sumber rujukan mereka. Dan kepada yang tidak tahu, haku akan ceritakan secara pelahan – lahan supaya korang tahu kelebihan majalah yang selalu haku baca neh.

Majalah ini sebenarnya asal dari United Kingdom dan dibawa ke Malaysia oleh syarikat Velocity Media Sdn. Bhd. Majalah ini mempunyai banyak info dan tips  mengenai photography jika hendak dibandingkan dengan majalh fotografi yang lain. Dari mempelajari teknik – teknik mengambil gambar sehinggalah mendapatkan info – info mengenai DSLR, semuanya anda boleh dapati dalam majalah ini. Memang tak rugi kalau menjadikan majalah ini sebagai sumber rujukan fotografi korang. Haku mula melanggan majalah ini lebih kurang setahun lepas selepas haku memiliki DSLR haku sendiri. Banyak majalah fotografi sudah haku baca dan laman – laman web haku lawati untuk mempelajari teknik – teknik mengambil dan mengedit gambar sehinggalah salah seorang rakan photographer haku mencadangkan kepada haku untuk membaca majalah Digital Camera.

Haku cukup terkejut setelah membaca majalah ini kerana terdapat info  dan ilmu yang sangat – sangat haku perlukan untuk  memantapkan ilmu fotografi  dan editing haku. Dan start daripada itu, haku terus melanggan majalah ini kerana haku rasa majalah ini sudah cukup untuk haku mengorek tip photography tanpa perlu mencarinya dilaman web atau dimajalah lain.

More >

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 13% [?]

  • Share/Bookmark