Murky is On The Way!
Posts tagged Tangkap gambar ibu mengandung
Bila si Jejaka DSLR bertemu si Manis Photoshop..
Apr 16th
Selepas mengeluarkan entry mengenai Majalah Digital Camera , hari neh terasa mahu mengodek – godek software Photoshop CS 3 untuk mengedit gambar. Dari pejabat lagi haku tak sabar – sabar mahu mencari gambar – gambar yang mahu diedit dan juga mengedit gambar member haku. So disebabkan hari neh haku tiada idea mahu menulis blog, haku menghabiskan masa berjam – jam duduk mengadap Photoshop mengedit gambar – gambar semasa di menonton perlawanan akhir Piala FA minggu lepas dan juga mengedit gambar rakan haku yang sarat mengandung. Nasib baik haku sempat menunaikan hajat member haku tu sebab agak lama dia menunggu haku datang ke Kuala Lumpur untuk mengambil gambarnya kerana ke esokan paginya dia selamat melahirkan anak sulungnya. Huhuu, patutlah naluri haku berkata ambil gambar dulu baru pergi stadium, rupanya dah sampai due date dah member haku tue (hehe).
Ok, takmau menulis banyak – banyak, haku tengah kering idea neh, haku sajikan gambar – gambar edited haku kat korang semua.
Popularity: 11% [?]

