16 Mei 2010 ini Genting Highland bakal digegarkan lagi dengan kehadiran kumpulan Rock legenda, Deep Purple. Kehadiran kumpulan rock legenda ini ke Malaysia adalah sebahagian daripada siri jelajah dunia kumpulan ini yang dinamakan sebagai Deep Purple Asia Tour 2010. Konsert Live In Malaysia ini dibawa khas oleh Zi Production Sdn. Bhd dengan kerjasama Resorts World Genting dan Genting Worldcard.

Ini merupakan kali keempat Deep Purple datang ke Malaysia untuk melakukan persembahan dimana mereka pernah datang ke sini pada tahun 1982, 1999 dan kali terakhir pada tahun 2001 dimana mereka pernah muncul dalam Anugerah Industri Muzik (kalau tak salah haku). Ketika ini, hanya tiga anggota asal masih berada dalam kumpulan ini iaitu Gillian (Vokalist), Roger Glover (Bassits), Ian Paice (Drum) manakala anggota baru ialah Steve Morse (Guitarist) dan Don Airey (Keyboard).

Info Deep Purple Asia Tour 2010.

  • Konsert ini bakal diadakan pada malam Ahad, 16 Mei 2010 di Arena Of Star, Genting Highlands.
  • Tiket boleh didapati pada harga RM 468, RM 368, RM268 dan RM168
  • Anda boleh menghubungi 03 – 27181118 untuk pertanyaan, pembelian atau tempahan tiket ataupun anda boleh melayari www.rwgenting.com untuk maklumat lanjut.

Korang juga berpeluang untuk mendapatkan lima tiket percuma menyaksikan konsert live ini yang berharga RM 168 berserta satu set album Deep Purple dengan hanya menjawab dua soalan mudah iaitu:

  1. Adakah ini kali pertama Deep Purple datang ke Malaysia?
  2. Namakan pemain gitar terbaru Deep Purple.

dan korang hantar sebelum 30 April 2010 ke warnermusiccontests@gmail.com dengan meletakkan tajuk DEEP PURPLE Contest – Berita Harian berserta butir – butir peribadi anda seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat dan No. Telefon. Semua warganegara Malaysia layak menyertainya dan pemenang dipilih berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Dengan kedatangan mereka disini, pasti mengamit kerinduan peminat terhadap kumpulan rock ini dan lagu – lagu hits mereka seperti Soldier Of Fortune, Smoke On The Water, Highway Star dan Space Truckin pasti akan kedengaran di puncak Genting Highlands nanti.

Kepada peminat-susah-mati kumpulan legenda rock dunia ini, jangan lepaskan peluang korang untuk menyaksikan konsert live dari mereka ini.  Bukan senang nak melihat aksi – aksi mereka diatas pentas, selepas konsert ini entah bila lagi mereka ini akan datang ke Malaysia. Jadi apa lagi, dapatkan tiket untuk anda sekarang.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]