Posts tagged tips blogging

Option “Read More” menyusahkan atau anda sengaja yang buat susah?

42

Semalam haku cukup tertarik dengan salah satu topik forum yang dibuat oleh salah seorang ahli Gengblogger.com iaitu topik “Korang suke ke blogger buat “read More kat post”. Haku tertarik dengan topik tersebut kerana ada rupanya blogger yang anti dengan option “read more” neh dan yang paling haku menghairankan, ada  yang menyalahkan internet yang lembab untuk mengatakan tidak kepada “read more” sesebuah entry. Ok, sebelum haku bercerita dengan lebih panjang lebih baik haku minta maaf dahulu kalau – kalau entry haku kali ini menimbukan rasa tidak puas hati sesetengah pihak. Bagi mereka yang tidak suka pada option”read more” itu terpulang kepada anda, tetapi option “read more” sebenarnya sangat penting dalam meringankan dan memperkemaskan blog anda.

Seperti yang korang tahu, option “read more” ini memberi peluang kepada blogger untuk meletakkan lebih banyak entry diruangan homepage dengan meminimakan scroll mouse anda disamping MERINGANKAN blog – blog yang mempunyai banyak gambar atau video pada blog mereka. Cuba anda bayangkan blog tanpa option “read more”, dengan entry yang panjang berjela ditambah pula penuh dengan gambar – gambar, seriously haku bagitau memang lambat dan yang paling utama sekali, memang jenuh untuk scroll sampai kebawah semata – mata mahu mencari entry – entry lama dan old page.

(more…)

Popularity: 3% [?]

Part 1: Jenis – jenis blog yang seronok untuk dikunjungi

151

Sudah 3 hari haku tidak membuat entry terbaru. Bukan ketiadaan idea, tetapi kesuntukan masa dan kepenatan berkerja menghalang haku untuk menulis entry yang sebenarnya sudah lama haku pendam. Sebenarnya, haku memerlukan masa yang cukup lapang sekirannya mahu membuat satu – satu entry, at least 1 atau 2 jam haku perlukan untuk membuat satu entry. Jadi dalam masa 3 hari ini haku cuma mampu untuk berblogwalking dan membaca entry kawan – kawan sekirannya haku dapat mencuri masa.

Ok, berbalik kepada tajuk entry haku ini, seperti mana yang haku karutkan di permulaan entry diatas haku mengatakan yang haku akan berblogwalking dan membaca entry – entry disetiap blog yang haku singgah dan dalam masa yang sama akan meninggalkan komen diblog terbabit, tetapi bukan semua blog yang akan aku berhenti dalam jangka masa yang cukup lama, hanya beberapa blog saja yang haku akan betul – betul berenti semata – mata mahu membaca setiap entry  terbaru atau lama yang terdapat pada blog mereka. Ini menujukkan bahawa haku seronok berada diblog mereka dan membaca entry – entry pada blog mereka.

(more…)

Popularity: 11% [?]

Memasang audio sebenarnya annoying

99

Salam semua, entry haku yang haku nak release hari ini sebenarnya dibuat dalam keadaan terpaksa kerana haku khuatir akan mendapat tentangan dari beberapa pihak yang bakal tidak puas hati dengan hasil penulisan haku kali ini. Tetapi terpaksa ditulis juga kerana masih terdapat beberapa blogger yang kurang arif mengenai apa yang perlu dan apa yang tidak perlu ada dalam blog. Jika siapa – siapa yang pernah membaca entry “Apa yang perlu anda tahu mengenai blog anda” pastinya anda sedar apa sebenarnya yang kita perlu ada dalam sesebuah blog dan perlu avoid beberapa pekara yang boleh dianggap sebagai annoying kepada blog kita. Cuma entry haku kali ini mahu membincangkan salah satu daripada 30 tips hasil perbincangan blogger – blogger profesional didalam sebuah forum terkemuka tanah air.

Seperti yang kita ketahui, blog umpama rumah kita dimana kita sentiasa mahu ia kelihatan cantik dan menarik. Tetapi adakah anda sedar ada satu benda yang anda letakkan didalam blog anda akan menyebabkan blog kita dianggap annoying oleh pembaca. Haku rasa ramai yang tahu benda itu. Benda yang haku maksudkan audio. Pasti ramai blogger yang membaca entry ini ada atau pernah memasang audio didalam blog anda bukan?. Haku pun dulu tidak terkecuali, pernah memasang audio dalam blog haku. Ya, memasang audio sebenarnya sesuatu yang cool dan style. Tapi sebenarnya ia lebih annoying dari cool. Sebab apa haku katakan ia annoying? okeh disini haku berikan sebabnya:

(more…)

Popularity: 8% [?]

Read More Error / Blogger Jump Break Error

8


Sepanjang haku melakukan blogwalking, haku ada perasan yang beberapa blog mengalami satu masalah yang pernah haku hadapi dulu iaitu sidebar bahagian kanan tiba – tiba berada dibawah entry posting kita sekiranya kita membuat posting summary atau dalam bahasa Inggerisnya Read More. (contoh gambar boleh lihat dibawah).

Popularity: 1% [?]

Apa yang perlu anda tahu mengenai Blog anda

24

Entry yang haku letak kali neh bukanlah berniat untuk meng’copy’ sesuatu posting, cuma ingin berkongsi tip-tip yang dikeluarkan dari akal fikiran blogger-blogger profesional dari sebuah forum yang terkenal di Malaysia ini iaitu forum Carigold. Tip – tip yang ingin haku tempekkan ini adalah mengenai harapan reader terhadap sesebuah blog terutama dari blog profesional.

Sebenarnya ramai dari kita ini tak tahu kualiti blog kita macam mana. Dan juga kita tidak tahu adakah selepas seseorang reader itu melawat blog kita adakah beliau akan datang kembali melawat blog kita?. So, pendapat – pendapat mereka yang mengeluarkan idea2 ini penting bagi kita yang mahu mengekalkan momentum  kehadiran readers ke blog kita supaya blog kita tidak henti – henti traffik pengunjungnya dan kalau boleh, meningkatkan jumlah pengunjung ke blog kita. Dan seperti kita tahu, dengan berblog, kita boleh menjana pendapatan samada dengan menjual produk atau menjadi advertiser sepert nuffnang, adsense, advertlets dan lain – lain lagi. So untuk menjana pendapatan melalui blog apa yang paling penting sekali ada jumlah traffik ke blog kita. Semakin tinggi jumlah traffik ke blog kita semakin tinggin pendapatan kita. Dan dalam kita mengejar traffik ke blog setiap hari, adakah kita sedar bahawa pendapat – pendapat mereka dibawah ini sebenarnya memberi efek terhadap blog kita samada blog kita akan dikunjungi kembali atau tidak kerana ia secara tidak langsung ia memberi kesan kepada traffik yang kita cuba kejar itu. Diharap anda, pendapat – pendapat mereka ini dapat memberi idea kepada anda.

Popularity: 2% [?]

Cara meningkatkan traffik ke Blog anda

4
Kebiasaannya Blogger akan memaparkan tajuk blog kita barulah diikuti dengan posting kita. Sebenarnya ia tidak sesuai untuk SEO. Sekiranya anda ingin blog anda terpapar didalam engin carian Goggle atau Yahoo!, adalah penting tajuk posting kita berada dihadapan tajuk blog kita kerana ia dapat meningkatkan traffik ke blog kita. Ini kerana tajuk posting kita lebih relevant untuk ditaip di engine carian berbanding tajuk blog kita.

Kenapa Tajuk Posting dahulu baru Tajuk Blog kita? Rujuk gambarajah dibawah.

Sekiranya anda menaip keyword “Image Reflection Generator” di Google Search:-

I. (Gambar A) Ini akan berlaku sekiranya Tajuk Blog kita dihadapan Tajuk Blog

II. (Gambar B) Ini akan berlaku sekiranya kita mengubah Tajuk posting dihadapan Tajuk Blog:

ini bermakna, hasil carian akan memaparkan Gambar B terlebih dahulu berbanding Gambar A dan berkemungkinan besar Gambar A mungkin berada jauh beratus – ratus kebelakang hasil carian. Harus diingat bahawa selalunya orang hanya akan melihat 10 hasil ke 20 hasil carian pertama sebelum mereka memangkah windows mereka atau menukar keyword carian.
Bagaimana Menukar Tajuk?:
1 .Pergi ke Layout>edit HTML dekat dashboard Blogger korang
2 . Tekan CTRL+F dan cari tag <title><data:blog.pageTitle/></title>
3. Gantikan Coding tersebut dengan Coding ini:

<b:if cond=’data:blog.pageType == &quot;index&quot;’>
<title><data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
</b:if>

4. Save template anda, dan anda boleh lihat hasilnya seperti gambar di bawah:
5. Siap! akhirnya tajuk blog anda telah berubah dihadapan tajuk blog. Sekarang anda hanya perlu tunggu kerana ia mengambil masa beberapa hari untuk melihat hasilnnya.
Original link: Click Here

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 1% [?]

Go to Top