Posts tagged tips wordpress

WordPress Tutorial 4: Tukar permalink WordPress Self Hosting dan maintain traffik.

28

Apabila sudah berpindah ke domain yang baru, kita terpaksa membina balik repultasi blog yang telah jatuh  mendadak samada dari segi traffik ataupun page rank. Ini salah satu sebab mengapa ramai blogger lebih selesa duduk di Blogspot kerana tidak mahu membina balik blog mereka setelah berpindah hosting.  Sebenarnya, anda tidak perlu risau sekiranya takutkan traffik menjunam dengan teruk. Dengan melakukan sedikit alteration pada setting Permalink WordPress, blog baru kita masih dapat mengekalkan traffik dari entry – entry blog lama.

Seperti yang kita tahu, default permalink wordpress memang cukup buruk, cukup hodoh dan cukup tak friendly dengan search engine. Dan ramai juga yang tahu, tajuk memainkan peranan penting dalam SEO sesebuah blog. Oleh itu, ramai pengguna wordpress akan menukar permalink setting mereka kepada yang lebih SEO friendly. Selalunya mereka akan memilih permalink yang memaparkan tajuk dibelakang. Contoh seperti dibawah.

http://www.murkiester.com/Blog/2010/03/tajuk-entry/

(more…)

Popularity: 3% [?]

WordPress Tutorial 3: Re – Direct Blogspot Link ke domain baru.

13

Salam, semalam haku telah tunjukan bagaimana memindahkan entry – entry lama dan follower ke domain baru. Diharap tiada masalah dalam melakukan pemindahan tersebut. Bagi yang menggunakan applikasi Disqus komen, memang agak mengecewakan kerana tidak dapat memindahkan komen di blog lama anda ke blog baru. Haku telah cuba mencari  – cari disekitar Google tetapi tidak jumpa tutorial yang mengajar bagaimana mahu memindahkan komen  yang menggunakan applikasi Disqus ke komen WordPress. Jadi satu je tip yang haku boleh berikan kepada mereka yang menggunakan applikasi Disqus diblog lama, install Plugin Disqus ke blog baru anda. Itu saja cara untuk membawa komen – komen diblog lama anda ke rumah baru.

Okeh, berbalik kepada tajuk diatas. Apabila seseorang blogger telah menukar domain blog  yang lama ke yang baru, re-direct perlu dilakukan bagi memastikan readers mereka tidak berkunjung ke outdated domain atau link. Begitu juga dalam search engine. Setiap search engine akan menyimpan database link – link lama atau nama – nama domain yang dah outdated. Dengan melakukan re-direction, readers atau user dapat dibawa ke tempat yang betul oleh search engine. Selain itu juga, bila domain lama telah dilakukan re-direction, search engine akan mengunakan domain yang baru dari menggunakan domain yang lama dalam engine carian mereka.

Oleh itu, Tutorial haku kali ini ialah berkenaan Re -Direck link blog lama anda ke blog baru. Tutorial ini juga agak simple dan sangat penting dalam memastikan readers atau users tidak berkunjung ke domain kita yang sudah outdated.

(more…)

Popularity: 7% [?]

WordPress Tutorial 2: Memindahkan Google Friend Connect Ke Domain Baru

38

Salah satu sebab paling utama kita tidak mahu berhijrah dari Blogspot ke WordPress Self – Hosting ialah kehilangan follower kita, lebih – lebih lagi jika blog kita mempunyai beratus – ratus atau beribu follower. Bukan senang nak kumpul follower betul tak? malah ada yang sanggup berkorban dengan meninggalkan follower mereka di blog lama dan memulakan langkah mencari follower baru apabila berhosting sendiri.

Haku pada mula pun begitu, terpaksa berfikir dua kali samada mahu kekal di Blogspot ataupun berhijrah ke WordPress Self – Hosting. Jadi setelah berfikir semasak – masaknya haku nekad tetap berhijrah ke WordPress Self – Hosting walaupun terpaksa meninggalkan follower – follower blog haku. Mungkin ada yang menganggap follower tidak penting jika nak dibandingkan dengan subscriber. Haa..anda silap, follower sama pentingnya dengan subscriber. Walaupun follower – follower ini tidak meletak blog anda dalam blogroll mereka, tapi mereka tetap melihat blog anda dalam profile blogger mereka.

Oleh kerana tekad mahu berhosting sendiri dan dalam masa yang sama tidak mahu kehilangan follower, haku nekad men”Google” kesana sini mencari formula ingin mengekal follower walaupun sudah berpindah rumah. FYI, semasa blog ini di blogspot, followernya sudah mencecah 300 lebih. Banyak tue, sebab tue haku nekad mencari bagaimana mahu mengekalkan follower walaupun sudah berpindah rumah. Dan akhirnya haku telah terjumpa satu cara bagaimana untuk memindahkan follower kita ke blog baru. So tutorial ke dua neh ialah bagaimana memindahkan Google Friend Connect ke domain baru.

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 4% [?]

Go to Top