Murky is On The Way!
Posts tagged tipu skim cepat kaya
Bukti kejayaan MLM (Multi Level Marketing)
May 23rd
Posted by Zul Murky in Murky lifestyle | 4,543 views
Pernah dengar MLM? Pernah diajak minum kat warung oleh pencerita MLM? dan pernah kena paksa dengan kawan – kawan untuk join MLM? Mesti ramai yang tahu tentang MLM bukan? Tipulah kalau tiada yang tahu tentang MLM sebab dalam paper dan internet selalu cerita pasal MLM ini, malah dalam peti surat pun ada flyers tentang MLM. Flyers MLM tak tahu?? ala, yang ada ayat “kami mahu bantu anda” yang disertakan sekali dengan gambar duduk sebelah BMW dan rumah banglo yang disewa untuk sesi bergambar dalam flyers tue. Haa, itulah flyers MLM.
Entry haku kali ini ialah entry memaksa korang join company MLM (Miskin Lagi Miskin) yang haku join neh. MLM neh bukan tipu, bukan kencing. Bukan macam artis yang buat MLM tipu tue, habis rosak nama baik MLM disebabkan artis tue suka kencing peminat dia. Company MLM yang haku nak paksa korang masuk neh cukup berjaya. Ramai upline – upline dan downline – downline telah menjadi kaya raya dalam masa yang cukup singkat! malah ada yang dah jadi kaya dan membeli kenderaan kegemaran mereka setelah melabur dalam MLM yang haku join ini dalam masa sehari! hebat bukan? haku bukan nak tipu tentang MLM neh, tak baik nak menipu dalam berniaga, haku lagipun nak tolong bangsa haku sendiri dengan memaksa korang join MLM neh supaya korang boleh hidup senang.
Ok, sebelum haku bercerita macamana korang boleh jadi kaya dengan join MLM yang haku join neh dan modal yang diperlukan untuk join, haku tunjukkan dekat korang bukti – bukti berkesannya MLM ini. Apa barangkan duk cerita produk dengan sejarah company dulu, baik ceritakan bukti kejayaan dahulu dari duk bercerita mengenai company history dan marketing? baru orang terliur nak tengok bisness apa yang haku buat sampai berjaya!
Popularity: 16% [?]



