Hari ini sebuah akhbar tanah air memaparkan berita dimuka hadapan bertajuk “Tun Mahathir paling ramai diminati”. Diminati dimana? sudah tentu di Laman Facebook malah popularitinya di Facebook mengalahkan Celebriti – celebriti lain seperti Yuna & Farah Fauzana malah Dato Seri Najib Tun Razak juga tidak mampu mengatasi populariti Tun Mahathir. Nampaknya bukan rakyat biasa dan artis tanah air sahaja yang menggunakan Facebook, malah ahli politik juga tidak melepaskan peluang untuk ber “Facebook”. Ini menunjukkan laman sosial tersebut mempunyai pengaruh yang cukup meluas dikalangan masyarkat Malaysia. Mana tidaknya, menurut kajian, hampir 3.5 juta rakyat Malaysia memiliki akaun Facebook, ini termasuk pensyarah – pensyarah, artis – artis, ahli – ahli politk, jabatan – jabatan kerajaan dan juga haku (hehe).Ini menjadikan Facebook merupakan jaringan laman sosial no. 1 di Malaysia.

Facebook yang mula diperkenalkan oleh Mark Zuckerberg pada 4 Februari 2004 telah memiliki hampir 350 juta pengguna dari seluruh dunia. Ini bermakna, 1% daripada pengguna Facebook adalah rakyat Malaysia. Dan menurut Compete.com, Facebook telah mengalahkan pesaing laman sosial mereka itu Myspace dan Twitter.

Umum kita tahu, kelebihan Facebook berbanding laman – laman sosial yang lain ialah fungsi dan skopnya yang meluas. Disamping paparannya yang kemas dan teratur menyumbang kepada kelebihan Facebook berbanding laman sosial yang lain. Malah aplikasi – aplikasi menarik yang terdapat didalam Facebook  juga telah menyebabkan Facebook meninggalkan jauh pesaing – pesaing laman sosial mereka.

More >

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 15% [?]