Murky is On The Way!
Posts tagged video klip kantoi
Kantoi haku curi video klip Zee Avi
May 6th
Sejak haku tengok live Zee Avi nyanyikan lagu “Kantoi” kat AIM17, tiba – tiba haku rasa adorable plak ngah minah neh (haha). Jangan salah faham aaa.. haku minat sebab lagu “kantoi” yang dia nyanyi kelakar dan rupa dia masa perform live AIM 17..pheww.. cute ngan rambut mengerbang dia. Sebelum neh haku cuma dengar lagu dia menerusi MP3 yang haku cilok dari member haku dan tak pernah tengok video klip dia. Jadi haku tataular macamana rupa Si Zee Avi neh. Tapi bila lepas tengok dia perform live lagu “Kantoi” kat AIM 17 minggu lepas, baru haku tau siapa si Zee Avi neh dan terus haku godek – godek Youtube untuk cari video klip lagu yang selalu haku dengar tu.
Rupa – rupanya, si Zee Avi tak pernah lekang dengan gitar kontot dia setiap kali perform lagu “Kantoi” neh. Dan viewer video klip dia? wow lebih 700k. Feymes dah rupanya dia neh dan paling haku terkejut, rupanya dia feymes gak kat US sebab haku tengok satu video klip yang dia perform live untuk rancangan Last Call with Carson Daly . Lagu Bitter Hard yang dia nyanyi dalam rancangan tersebut selalu bermain di Winamp haku dan baru haku tahu lagu tu si Zee Avi yang nyanyi. Ceh! Nampak sangat haku ketinggalan (haha). Al maklumlah, zaman – zaman indie dan underground haku neh dah habis, so lambat sketlah nak update pasal artis – artis indie neh.
So far, lagu – lagu lain Zee Avi yang haku dengar adalah lagu Honey Bee, Monte dan Dream a little dream of me. Semuanya sedap – sedap belaka. Rasanya tak keterlaluan kalau haku kata lagu – lagu, suara dan style dia ada ala – ala Norah Jones (hehe).
Pada yang tak tahu siapa Zee Avi nih (macam haku) bolehlah korang pergi ke Facebook dia untuk mengetahui siapa artis baru neh. Neh fan page dia: http://www.facebook.com/zeeavi, dah 70K Fan dia (huhuu) dan kalau nak tengok video klip dia, korang search je kat Youtube. Kat sini haku kongsikan satu video klip lagu yang selalu haku melalak dekat ofis dan lagu yang ada kaitan dengan haku sebab kantoi ngan awek haku tak jawab call dia (hahaha).
Popularity: 5% [?]


