Murky is On The Way!
Posts tagged Wordpress Tutorial
Redirection ke blog baru dalam hanya 6 saat.
May 20th
Sebelum ini haku pernah mengeluarkan tutorial Redirect Blogspot Link ke domain baru yang memberitahu bagaimana mahu melakukan redirection link dari Blogspot ke WordPress Self Hosting. Namun begitu, tutorial yang haku keluarkan itu tidak readers friendly kerana readers terpaksa klik sana sini untuk ke blog baru anda. So, hari ini haku ingin kongsikan satu tutorial yang haku ambil dan translate kan ke bahasa melayu dari blog libertyinteractivemarketing mengenai cara – cara untuk melakukan auto – redirection blog lama ke blog baru.
Tutorial ini bukan saja memberitahu cara – cara untuk homepage redirection, malah untuk setiap entry – entry yang ada pada blog lama. Lagipun, redirection seperti diatas kelihatan kurang menarik pula (haha).
Popularity: 4% [?]
Membina Sitemap pada WordPress
Mar 31st
Salam semua, hari neh haku ingin berkongsi dengan anda semua cara – cara untuk membina Sitemap pada blog WordPress anda. Seperti yang anda semua tahu, kewujudan sitemap sangat penting kerana ia memudahkan pelawat dan bot untuk mencari segala entry yang terdapat dalam blog kita. Lagipun, dengan adanya Sitemap ini, segala post yang di link kan ke sitemap memudahkan bot engine carian meng”index” entry yang terdapat dalam blog kita. Untuk mengentahui dengan lebih lanjut mengenai sitemap, anda boleh rujuk Wikipedia. Dan satu lagi, tutorial yang haku ingin kongsikan ini ialah tutorial membina sitemap pada WordPress kita bukanya Google Sitemap yer (hehe).
Ok, tak mahu membuang masa, haku teruskan dengan tutorial kali ini.
Popularity: 4% [?]
WordPress Tutorial 6: Memasang Plugins di blog anda.
Mar 28th
Rasanya ini adalah tutorial WordPress haku yang terakhir, mesti muak bukan??(haha) biasalah semua tutorial yang haku buat neh memang sudah diketahui oleh bloggers yang menggunakan WP-Self Hosting. Lagipun tutorial yang haku buat ini adalah basic tutorial untuk mereka yang berubah dari Blogger ke WP-self hosting. Jadi tiada apa yang baru, lagipun banyak tutorial – tutorial seperti ini boleh dicari dilaman – laman carian Google. Berbalik kepada tajuk diatas. Tutorial yang terakhir untuk kali ini ialah mengenai memasang plugins di blog WP-Self Hosting anda. Salah satu kelebihan menggunakan WP-self hosting ini ialah kita tidak perlu memodified coding HTML sekiranya mahu memasang widget. Tidak seperti menggunakan Blogger dimana setiap kali kita ingin memasang widget, kita perlu me”modified” coding HTML.
Berkongsepkan “plug and Play”, plugins boleh di’install’ melalui dua cara iaitu menggunakan FTP ataupun direct install dari Dashboard WP-Self Hosting anda. Mudah bukan? Tidak perlu copy paste coding html, tidak perlu alter mana – mana coding tersebut supaya ia ngam dengan blog kita dan yang paling penting tiada ads tersembunyi seperti ads widgeo. Okeh, tidak membebel banyak, haku teruskan dengan cara – cara memasang plugins.
Popularity: 3% [?]
WordPress Tutorial 5: Pastikan RSS readers anda sentiasa hidup
Mar 28th
Selepas selesai melakukan re-direct link dari Blogger ke WP-self hosting, kini tiba pula step yang boleh dikira sangat penting iaitu melakukan Re-Direct RSS readers dari Blogger ke WordPress atau menukar URL original feed anda(bagi yang sudah mempunyai akaun feedburner). Bagi bloggers yang mempunyai ramai sucsribers semasa di Blogspot, kegagalan melakukan redirect feed akan menyebabkan Feed anda mati. Ini bermakna, subscriber anda semasa di Blogspot tidak akan mendapat updates dari blog anda sedangkan blog terbaru anda sentiasa diupdate. Jika tidak melakukan redirect feed atau menukar URL asal feed anda ke yang baru, subscribers akan membuang atau menghentikan langganan feed – feed yang sudah mati ini. Ini sangat merugikan kerana subscriber merupakan salah satu punca traffik blog kita.
Oleh itu, melakukan re-direct Blogger feed ke WordPress atau menukar URL original feed adalah penting kerana ia akan memastikan subscriber anda akan sentiasa menerima updates dari blog anda dan seterusnya dapat mengekalkan traffik blog anda.
Bagi tutorial kali ini, haku menggunakan Feedburner sebagai servis Feed blog kita.
Popularity: 3% [?]
WordPress Tutorial 4: Tukar permalink WordPress Self Hosting dan maintain traffik.
Mar 27th
Apabila sudah berpindah ke domain yang baru, kita terpaksa membina balik repultasi blog yang telah jatuh mendadak samada dari segi traffik ataupun page rank. Ini salah satu sebab mengapa ramai blogger lebih selesa duduk di Blogspot kerana tidak mahu membina balik blog mereka setelah berpindah hosting. Sebenarnya, anda tidak perlu risau sekiranya takutkan traffik menjunam dengan teruk. Dengan melakukan sedikit alteration pada setting Permalink WordPress, blog baru kita masih dapat mengekalkan traffik dari entry – entry blog lama.
Seperti yang kita tahu, default permalink wordpress memang cukup buruk, cukup hodoh dan cukup tak friendly dengan search engine. Dan ramai juga yang tahu, tajuk memainkan peranan penting dalam SEO sesebuah blog. Oleh itu, ramai pengguna wordpress akan menukar permalink setting mereka kepada yang lebih SEO friendly. Selalunya mereka akan memilih permalink yang memaparkan tajuk dibelakang. Contoh seperti dibawah.
http://www.murkiester.com/Blog/2010/03/tajuk-entry/
Popularity: 3% [?]


Apa Plugins WordPress yang sesuai untuk dipasang pada blog anda?
Mar 30th
Posted by Zul Murky in Wordpress Tutorial | 5,258 views
43 comments
Rembat dari Google
Bagi blogger yang menggunakan WordPress Self Hosting, memasang plugins umpama memodified sebuah kereta. Ada yang memasang Plugin untuk mempertingkat blog mereka dan ada juga yang memasang Plugin untuk mencantikkan blog mereka. Untuk pengentahuan anda semua, sehingga setakat ini, plugins yang terdapat di WordPress telah menjangkau lebih 8900 plugins dan didownload hampir 82.5 juta kali. Wow! banyak tue.
Tapi tak semua plugins berfungsi dan berguna. Ada juga plugins yang rosak dan ada juga plugins yang boleh memberikan kesan buruk kepada blog kita. Selain itu, ada juga plugins yang mempunyai fungsi yang sama cuma penciptanya berlainan. Jadi, haku hari ini mahu berkongsi plugins WordPress yang digunakan diblog haku sebagai tool untuk mempertingkatkan dan mencantikkan blog haku. Dalam entry ini, haku bahagikan kepentingan plugins untuk blog haku kepada dua iaitu plugins paling penting dan optional plugins dimana haku menganggapnya sebagai tidak berapa penting tetapi berguna untuk blog haku.
More >
Popularity: 16% [?]