Murky is On The Way!
Posts tagged Yuna menang anugerah AIM
Keputusan Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 17
May 2nd
Best of the best award. Anugerah Industri Muzik ke 17 (AIM 17) yang berlangung di PWTC, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di Saluran NTV7 dan juga di radio Hot.fm sudah pun tamat. Pemenang setiap anugerah pun sudah diketahui dan tidak banyak kejutan yang berlaku, malah pemenang pun sudah boleh diagak oleh para penonton (mana – mana artis yang buat persembahan atas pentas mesti menang award haha). Seperti dijangka, Yuna berjaya menewaskan artis – artis yang lebih senior dari beliau dimana beliau merangkul 4 anugerah iaitu anugerah Artis Baru Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik dan juga Lagu Terbaik AIM. Yuna juga merupakan artis yang memenangi paling banyak anugerah pada malam ini berbanding artis – artis yang lebih senior dari beliau. Pergh! pakai bomoh ke kau Yuna? haha gurau je.
Apa pun tahniah diucapkan kepada para pemenang. Kepada artis yang tewas, jangan kecewa, anda boleh dikira terbaik juga kerana tercalon dalam anugerah AIM ke 17 ini kerana beratus penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur.
Bab persembahan pentas dan pengacara anugerah ini, hmm..rasanya anugerah ABPBH lagi mengancam dan terbaik. So next time boleh pihak penganjur mencipta persembahan lagi mantap berbanding anugerah – anugerah lain nanti. Pengacara pulak? aisey apasallah haku tak gelak ngan lawak diorang? mula – mula persembahan je diorang boleh buat lawak ala – ala Jack Black semasa anugerah Grammy Award, lepas tue makin tengelam (huhuu).
Ok, tidak mahu komen banyak, dibawah ialah senarai 24 kategori dipertandingkan dan pemenang – pemenangnya:
Popularity: 5% [?]


